Selasa, 9 Mei 2017

Majlis Aqiqah dan Kesyukuran

Majlis Aqiqah Muhammad Khairul Iman 
 & Kesyukuran Rumah Baru Beli
1.4.2017
dua ekor kambing biri-biri menjadi korban
import dari Ijok,Kuala Selangor
Alhamdullah semuanya dah selesai

Deko untuk majlis DIY
kanopi sewa NC Catering, katering dan kambing order dengan kawan husband
Photograph Zunurain89 short and burn














Majlis selesai 
walaupon ramai tak datang sebab hujan terlalu lebat
dan mood anak bujang pun da berapa bagus
nak demam dan tumbuh gigi



Moga terus jadi buah hati mummy daddy oky
semoga membesar sihat dan cergas
Love you son with all our heart 


my baby boy 6 months old

selepas 100 hari my baby deliver
rasa terlalu cepat masa berlalu..
sekarang sudah masuk 6 bulan umur nya
da boleh makan
mummy selalu fikir nak bagi iman makan apa
dari 5 bulan dah nak start bagi makan

rasa excited sangat nak bagi Iman makan
Iman pon macam tak sabar-sabar nak makan
start dengan bagi puri buah-buahan
excited betol die makan
rasa macam tak cukup2..
seronok..
hehehe

tapi bagi nestum beras+susu Iman tak berapa suka
try campur puri buah dengan nestom beras
laju die makan
memang suka buah macam mummy die
hehehe

pasni berebut buah la dengan mummy
abes la..hihihi






sekarang pun da duduk walker ni..
laju jer macam dapat kaki..
abis pusing 1 rumah..
bukak pintu luar pun macam nak lari keluar dah
jenuh mak nya nak kejar
hahaha

masuk ja 6bulan (18.03.2017) 
dah boleh nampak gusi timbul nak tumbuh gigi
rasa cepat betol
anak bujang


alahai la anak..
semoga membesar sihat dan cergas...
amin..




Jumaat, 13 Januari 2017

after 100days

setelah habis berpantang 100 hari
orang lain biase pantang 44hari sahaja
tapi aku, takdir aku berbeza
sebabkan aku normal+vakum+czer, terpaksa pantang lagi 100hari
3bulan setengah tau

"apa yang pantang??"
1. daging (sebab luka dalaman lambat baik kalo makan daging dalam 3bulan pertaman) semua jenis daging kecuali ayam
2. telur (ni paling susah, sebab kebanyakan makanan berasaskan telur,pening kalo nak makan tu)
3. ikan bersengat (Keli, baung, etc)
4. seafood (da la seafoodlover,kene pantang lelame,sabo jer la)
5. ais (minuman berais) ini memangmemerlukan keimanan yang tinggi
6. sayuran sejuk (kankung, bayam, etc)
7. buah2 sejuk (tembikai, nenas, etc)
8. satey atau makan yang menggunakan buluh
9. tak boleh makan makanan pedas2 sangat
10. tak boleh lasak2 dan agkat barang berat
11. berpantang dengan suami (tentula) diri sendiri pon macam tak yakin dirikn,bentuk berubah, kulit makin gelap, rasa diri berbau (entahlah, kata orang emosi jer) masa ni la rase sume produk orang cakap nak cantik kan kulit nak beli n makan, 
syukur nampak perubahan, dan rasa lebih yakin dengan diri sendiri
Allhamdullah



tapi lepas 100hari rase macam nak melompat2 gembira sebab kebanyakan makanan dah boleh makan
tapi
selepas 2hari abis pantang
kene sakit teruk pulak
aku rase macam terkejut mungkin, lepas pantang bedal sume
abes kambing pun sedap jer makan
hahaha
jawab la sendiri
sakit kepala, migrin, mutah2, cirit birit, gastrik & tekak bekak tak boleh makan
sekian la..
seminggu la kecundang sakit pulak lepas abis pantang..
baru masa ni la nampak husben betol2 leh jage baby..
aku memang tak larat betol..
sayang husben saya,hihihi


dan lepas 100hari ni la baru rase trauma bersalin tu da tak kuat sangat
mungkin la sebab tu la dulu orang tua2 cakap suh pantang 100hari kan
nak jaga emosi perempuan ni, 
orang lain tak tahu apa yang kita lalui, hanya kita ja yang tahu
so, jangan ambik mudah, dan sesuka hati samakan kita dengan orang lain
kalo rasa tak mampu, da emosi belum kuat
berpantang la selagi boleh..
ia memang bagus untuk kesihatan wanita,..
suami jangan ambik mudah emosi isteri yek, 
awak gak nak hidup till jannah katanya..


so, sape yang bakal lahirkan cahaya mata..
berpantang la betol2..
dan orang sekeling, kalo boleh jangan membanding2 kan dengan oranglain berpantang sebelum ni
kene jage emosi orang berpantang ni, 
boleh meroyan tau macam ni sebab emosi dieorang cepat terganggu
beri la sokongan penuh, selalulah berada di samping mereka
selalula bertanya keadaan mereka
insyallah akan cepat baik...






with lot of love for my dear son, 
Muhammad Khairul Iman bin Muhammad Khairul Izewan
mummydaddy love you
be a gud boy, oky..