Jumaat, 18 November 2016

Birth Story My 1st Baby

Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor

PART 1

Setelah dua bulan melahirkan khalifah Allah pertama dalam hidup saya, 
akhirnya saya mempunyai kekuatan menulis
masih bersisa terasa trauma dihati
menulis sambil menangis
hanya tuhan sahaja yang tahun apa yang saya rasa

terkadang saya tidak terluah untuk mendodoi anak sendiri
tapi setelah menjadi ibu, dalam hati selalu mengucap lailahaillah 
untuk memberi kekuatan untuk membesarkan anak sendiri
supaya tidak banyak menyusahkan orang lain
terkadang walaupon saya terasa tidak bersedia
tapi depan orang saya perlu menunjukkan kekuatan yang bersisa

walaupon saya sekarang bekerja dalam bidang engineering, 
 bukan dalam bidang medical
tapi dulu cita-cita saya adalah menjadi doktor
so, serba sedikit masih bersisa minat dalam bidang ini
dan mengambil tahu dalam bidang ini

saya ingin  menceritakan pengalaman saya melahirkan 
anak pertama saya di hospital ini
terdapat sisi kebaikan dan keburukannya
saya berharap memberi inpirasi pada bakal ibu dan bapa
dan penambahbaik dari segi kekurangan yang saya akan ceritakan 

due sepatutnya saya melahirkan anak 9hb September 2016
pada minggu ke 34 Klinik Kesihatan sahkan saya mengidapi diabetis tahap permulaan 
dengan bacaan sebelum minum air gula 5.1 dan selepas minum air gula 7.1
tetapi bacaan KK Puchong adalah sebelum 5.0 dan selepas 7.0
daripada bacaan sepatutnya
 sebelum 5.6 dan selepas 7.8 (baru pengidap diabetis)
paras bacaan diabetis di rendahkan sesuka hati 
tanpa memberitahu kepada ibu mengadung
perkaraan ini pun sudah membuatkan saya terkejut
dan banyak menyusahkan saya 
terpaksa mengabil banyak cuti dan terpaksa cuti awal
saya rasa ini kesilapan pengurusan KK Puchong atau semua KK di Selangor

saya memaksa diri admit Hospital ini pada hari due saya (9.9.16)
balik ke johor awal, banyak merugikan masa matenity leave saya
setelah sehari admit saya di benarkan keluar
"sepatutnya awak tak payah masuk hospital, saya rasa KK awak tak sama bacaan dengan sini,saya mintak maaflah,awak boleh kluar esok sebab sekarang dah malam saya tak boleh benarkan awak keluar sekarang. saya bagi 6hari untuk over due dan sekarang saya tolong bukakan jalan"
kerana tahap bacaan hospital untuk diabetis adalah 
bacaan normal sebelum 5.6 dan selepas 7.8 (baru pengidap diabetis)

setelah keluar dari hospital,
mereka memanjang kan tempoh masa 
untuk ibu mengadung over due yang tiada tanda-tanda bersalin
15hb september 2016 tarikh untuk saya admit semula
dan 14hb september 2016 mereka suruh pergi check-up KK Yong Peng
tidakkah tuan puan rasa tarikh rapat seperti ini
banyak merugikan saya
ibu mengadung lagi sarat, terpaksa ke sana sini 
membasirkan cuti lebih seminggu untuk perkara yang tidak sepatutnya


Part 2

pada 15hb September 2016 jam 10am
saya menyerahkan diri
bayangkan dari 9hb September 2016 hari-hari saya berdoa dan berharap baby 
akan keluar, dan saya boleh rasa bersalin dengan rasa normal macam orang lain
tapi Allah menetapkan jalan saya tidak sama dengan orang lain
saya redo menyerahkan diri, dengan semangat yang semakin luntur
setiap hari semua ahli keluarga bertanya
sama seperti sebelum saya ditakdirkan dapat mengandung
menunggu hampir setahun

setelah admit, 
doktor menetapkan 16hb september 2016 7am
dipaksa bersiap seawal 5am, mandi dengan air sejuk
akan memberikan ubat induce(paksa bersalin)
saya di beritahu Induce kesakitan mungkin lebih sakit dari 
orang normal yang ingin bersalin
tapi pada hari tersebut, dua yang saya rasa
kesakitan pemeriksaan jalan dan ubat yang di masukkan 
memang menyakitkan, seperti di rodok2 dengan kayu
dan perut saya mula sakit mengeras yang teramat
tapi bukaan masih 1cm 
ahli keluarga semua bertanya
dan saya hanya mampu menagis dalam tandas ketika itu
dan ketika ini tangan saya mengigil-gigil menaip dan air mata terus mencurah ke bumi
kerana teringat setiap saat ketika itu menahan sakit seorang diri
hari pertama induce ni hari jumaat, 
suami saya terpaksa tak pergi sembayang jumaat sebab
tahu saya sudah mula sakit, 
dia takut tidak dapat temankan saya salam labour room nanti
tapi pemeriksaan kedua selepas sembahyang jumaat
lagi di tambah ada seorang nurse dengan rasa tidak bersalah
"husban awak tak pergi sembahyang jumaat ke?"
"dia tunggu saya sebab da sakit"
"doktor periksa lepas sembahyang jumaat"
"nape tak sebahyang dulu"
dengan angkuhnya berkata-kata dengan ingat orang tak tau hukum agama
tapi kami tidak punya pengalaman, maka tidak tahu apa bakal akan terjadi
tempat ini pula baru bagi suami saya
dia bukan orang negeri ini
tapi sekurang2nya suami saya sembahyang zuhur
tapi bukaan baru 2cm
kesakitan seperti dirodok2 dengan kayu ditambah pula
malu kerana pemeriksaan kali ini di lakukan oleh Dr. lelaki pula
saya rasa sangat sedih dan kecewa 
dan semangat yang semakin hari semakin berkurangan
  
disebab masih belum ada tanda baby akan keluar
hari kedua induce kali kedua 17hb September 2016 6am
cara paksaan untuk bersalin kali ini berlainan
bukan lagi paksaan ubat kedalam cervix saya
tapi salur seperti belon di masukkan ke dalam cervix
dirodok2 lebih dasyat dari hari pertama
untuk paksaan bukaan
tiup belon ini di masukkan bagi membuatkan bukaan natural lebih cepat, 
bila belon ini jatuh, maknanya bukaan semakin besar
tapi kesakitannya masih sama
setelah tiup belon selesai di masukkan
menagis la sekali lagi di toilet seorang diri
terasa diri ini looser
membuat semua orang tertunggu-tunggu
dan merasakan kesakitan berhari2
terasa ujian Allah semakin berat untuk di tanggung
suami saya semakin berharap apabila sakit saya makin kerap
tapi saya berasa sedih seperti mengecewakannya
seperti menunggu buah tak gugur
tekanan menggunung
makan,baring dan tidolah saya sambil menagis

pada 18hb September 2016 4am
tidak seperti hari sebelumnya
check-up bacaan jantung baby biasanya dilakukan pada pukul 1am
tetapi hari ni jam 4am
saya di kejutkan, di arahkan kencing dan check-up jantung baby
then, saya pergi kencing, besama-sama itu belon untuk saya induce jatuh
tapi saya tidak berasa sakit contraction langsung
then, semasa check-up jantung baby, saya memberitahu nurse
selepas ambik bacaan jantung,
check jalan laluan di buat lagi, dan di beritahu jalan dah bukak 3-4cm
saya gembira sekejap
kemudian, nurse memasukkan ubat untuk mengeluarkan najis
dan saya memang seorang yang tidak tahan bila perut memulas,
rasa nak menjerit-jerit bila ubat tu buatkan perut memulas


Part 3

bermula la episod kemuncak
jam 5am saya mula menggigil, dan mengerang kesakitan bila perut saya memulas
saya hanya mampu menjerit dalam toilet sambil menggigil
kemudia 4orang nurse datang dalam toilet memanggil-manggil
menyuruh saya keluar, sebab meraka kata saya da boleh die bawa ke labour room
sebab sakit memulas adalah sakit constraction
mereka datang dengan wheelchair mengabil saya dalam toilet
saya die tolak dengan wheelchair ke katil saya
dan di suruh makan dan inform husben sebelum ke labour room
saya hanya sempat makan separuh roti gardina jagung
kemudian terus di die tolak ke labour room
sampai ke labor room jam 6.30am
kemudian mereka menyuruh baring,
jam 7am doctor check jalan untuk kali ke dua
tetapi mengecewakan, jalan hanya 3cm
sakit yang teruk mula di rasai
tangan dan perut saya mula berselirat dengan tiub
di masukkan ubat
sakit sangat kerab sampai rasa tidak terdaya hendak mengira contarction selang berapa minit
 saya tanya nurse pelatih, husban saya tidak boleh masuk ke
dia beritahu, husban akan die panggil masuk setelah bukaan 10cm
sedih tidak terhingga, tidak ada air mata lagi untuk berkata-kata
bayangkan 3cm nak samapaikan 10cm
nurse beritahu biasa nya sakit contraction ambik masa sampai 12jam
sudah tiada orang bagi semangat, husban tidak boleh masuk
tiada kata-kata nak tunngu 12jam, rasa tiada daya

setelah bergelut dengan constraction seorang diri
jam 10am doktor check jalan kali ketiga
jalan masih 3-4cm
sungguh mengecewakan, kemudian di biar bergelut lagi seorang diri
di beri ubat itu dan ini
jam 1pm doktor check jalan kali keempat,
jalan buka 4-5cm
sekali lagi mengecewakan
tetapi masa ini sakit contraction mengatasi sakit check laluan
saya bagitahu nurse supaya
"bole update info pada husban saya tak"
"puan, ada bulitin board kat luar untuk bagitau update pada husban puan"
tapi mengecewakan
mak dan husban saya menunggu tanpa mngetahui apa-apa perkembangan
saya berasa sangat sedih bila tanya semula pada mereka esok hari
sebab saya rasa, hospital ini tidak seramai hospital di tempat lain
tapi banyak benda yang diberikan seperti hospital yang ramai orang
sebelum saya memilih hospital ini, saya berharap hospital ini lebih baik dari tempat lain
hospital baru, fasiliti baru, doktor bagus
tetapi hanya mengecewakan
semuanya tak boleh itu dan ini,huhuhu

kemudian jam 4pm
sekali lagi doktor datang check jalan
jalan bukaan baru 5-6cm
bukan sekali dan seorang sahaja doktor jalan check
tapi berkali-kali kali ini
masih lagi husban tidak di benarkan masuk
sakit hanya tuhan sahaja yang tahu
sambil nurse setiap kali masuk cuma boleh cakap
"baca selawat puan,jangan tahan-tahan,tarik nafas banyak jangan ikut sangat sakitnya"
dengan sinis nya

dan kemuncak jam 7pm
doktor sekali lagi datang beramai-ramai
bukaan jalan di check dan jalan baru buka 7cm
kemudian doktor membuat paksaan jalan ke 9cm
dan doktor mula-mula menyuruh saya cuba meneran
cuba sahaja, tapi sakit meneran belum kuat lagi
tidak sempat apa-apa doktor dan nurse sume serbu
memaksa saya meneran untuk bersalin
"teran puan jangan kuarkan suara, kepala da nampak ni,kuat lagi puan"
bayangkan lah 9cm, husban masih tidak di panggil masuk
paksaan bersalin telah dilakukan
patutkah itu???saya sampai sekarang masih fikir,
patutkah itu yang dilakukan dan berlaku??

semasa saya meneran,
cuba sedaya upaya, hanya memandang ke pintu mengharap melihat kelibat husban saya
terdengar nurse pelatih "doktor da boleh paggil husbannya ke?"
tapi tak di layan sesiapa
dua tiga kali meneran, seorang staf nurse mula mehenyak-henyak perut saya
sambil nurse tersebut berkata
"teran lagi puan,teran lagi boleh,kuat lagi puan"
saya da abes daya, dan berharap husben saya akan datang pada masa tu
untuk memaksa baby keluar
pada pandangan anda, patutkan itu berlaku
perut saya seperti di tumbuk-tumbuk
nafas yang panjang tinggal separuh setiap kali nurse tersebut bila dia menumbuk2 perut saya
 dimanakan saya mahu ambik kekuatan dan nafas jika ditumbuk-tumbuk seperti itu
pada pandangan saya, dan semua orang yang berpengalaman bersalin memberitahu saya
nurse hanya boleh mengurut perut untuk membantu baby keluar
tetapi ini la hakikat yang berlaku
patutkah ini berlaku??
ya, yang boleh di katakan, bukan rezeki saya menerima nasib sebegitu..huhu


oleh kerana baby tidak keluar,
doktor mula kan procedure vacumm pula
tetapi vacumm memerlukan cervik di gunting dan meneran
tetapi perkara sama berlaku
3x vacum di jalankan
perut saya di henyak-henyak sekali lagi
baby yang sepatut nya boleh keluar
tidak dapat keluar dengan normal

"puan kita akan vacum puan sain ini, kita akan gunting bawah ni.tapi tak boleh banyak kali vacuum sebab takut effect pada kepala baby"

jam 8am saya terus ditolak ke operation room
untuk emergency czer
hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan saya
ada nurse yang berkata "nasib ko la dik, sakit atas bawah, nasib ko la dik potong atas bawah"
patutkan?, bukakah lebih baik, bagi kata-kata semangat
cepat la ini berlalu, biarlah czer dari perut saya di henyak-henyak sebegitu rupa
walaupon hanya berharap bersalin normal sepanjang bersusah payah
berhari-hari di hospital
tetapi tiada apa lebih baik dari aturan ALLAH
bukan rezeki saya
Allahhuakbar


akhirnya keluar lah Putra kami jam 8.18pm, 3.57kg, 18.09.2016
Muhammad Khairul Iman B. Muhammad Khairul Izewan



setelah bergelut dari 16-18hb September 2016
dari jam 5am hingga 8pm (15jam)
dan tidak dapat makan dari 18.09.16 (5am) hingga 19.09.16 (7am)



kronologi
1. membuat bukaan secara paksaan laluan
2. medical induced
3. belon induced
4. normal procedure
5. vacuum procedure
6. akhirnya czer procedure



hanya Allah sahaja yang tahu
betapa trauma nya mental dan fizikal saya


keluar operation room jam 12am
akhirnya dapat melihat wajah husban dan bonda saya
air mata sahaja mampu menjadi kata-kata
usap muka dan cium tangan mereka penganti kata-kata
bonda "nape tak boleh normal" (menangis)
husban "mungkin bukan rezeki dia"
Allahhuakhbar
Subahannallah


Part 4

Jam 7am 19.09.2016
baru saya dapat bagun dan makan
jam 10am doktor pakar datang
dengan ramai doktor pelatih
mengeluarkan kain dari cervik saya
luka lebih dalam dari meraka yang bersalin normal
kemudian di jolok pula dubur untuk memeriksa sisa kain 
peritnya subahanallah 
Jam 12pm saya sudah di paksa bagun dari katil untuk menguruskan diri sendiri
mengangkat dan menyusukan baby saya
subahanallah hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya dan nyilunya
tetapi saya gagahkan juga
cekalkan hati

kemudian beseorang lagi satu malam
untuk memantau keadaan saya
kemudian 20.09.2016 jam 2.30pm
baru saya dapat check out
tetapi baby terpaksa di tinnga pula di NICU satu hari
sebab jaudis
cekal lah wahai hati


Part 5

masa berpantang
ambil masa lebih 3minggu untuk jalan normal
lebih 4 minggu masih tidak boleh duduk di tempat yang keras
tidak boleh duduk di lantai
hampir setiap hari menangis trauma lebih dari 3 minggu
tidak boleh pantang secara normal
rasa masih sakit tulang punggung macam orang mengadung@orang bersalin normal
memang tidak setanding kata-kata apa yang di lalui




Semoga Allah cekal hatiku, 
membesarkan khalifah mu ini
Amin



New home
new family member
so, like mummy or daddy?


18.11.2016
happy 2 months Iman
be a good boy and soleh
now 5kg
amin



before deliver 69.7kg


after 57.6kg


Selasa, 6 September 2016

menghitung hari

minggu-minggu terakhir sebelum due
bila memikir kan nya memang takut
tapi masih boleh buat relex
hahaha

banyak bende kene settle sebelum deliver
so la rasa macam tak cukup masa pulak
hahaha

kerja jangan cakap la
dah la takde assitant
bos bos buat keras taknak hire assistant
begang jugak rase nya
tapi takpe la
pengganti sementara banyak tahu dekat site
so boleh la jugak
tapi dalam masa tak sampai sebulan nak bagi sume
mau tepu budak tu
kesian jugak menengok nya
sabor jer la

dekat rumah jangan cakap la
packing barang baby la
pastu paking barang yang mane kurang guna
sebab soon nak pindah rumah
sebab expected balik lepas pantang nak duk rumah baru
berangan kuat
insyallah rezeki anak kan
kita mana tau
amin

yang paling tak best bila hujung-hujung ni
rase diri ni mendekati mati
takut dan semua rasa ada
sangat la sensetif
rasa serba tak kene
huhuhu

jalan jangan cakap la
memang da tak larat
nak diri lama pon tak larat
bahagian bawah memang sakit
salah duduk pon boleh meraung

Semoga ada hayat lagi untuk melihat
anak sendiri
membesar di depan mata
sihat dan berjaya
amin





doakan kami semoga selamat
sihat dan gembira

see you soon 
kalo ada hayat ini lagi..





Isnin, 15 Ogos 2016

Raya 2016

Raya Pertama di KL
Rase sedih mula2 raya di KL
sebab selame ni dari bujang samai kawen tahun lepas raya di Johor
tahun ni raya die KL dulu..
macam nak meraung jugak la mula-mula
tapi tahan diri
huhuhu

tapi taklah havoc sangat sebab malam raya pertama dah sampai Johor
hihihi
sebab dekat KL dah takde orang dah..
hahaha

tahun ni jer beraya berdua
tahun depan da bertiga
insyallah amin

tahun ni raye mak buyong la..
perut da makin membeso
dah 8bulan kan..
takkan tak nampak lagi
kalo tak nampak lagi tak tau la nak kata ape
rabun kuat ler tu,hehehe

konon2 tahun ni taknak la beli baju banyak2
nak saving for baby
tapi kalo da start beli sikit2 dari sebelum raye
lame2 pon banyak jadi nyer,
perempuan la katakan
husben pon redo jer,paham sangat da katanya
kahkah

6.7.2016
Day 1 Raya rumah mertua
(tema purple)
(Pagi vs petang raya)




1st day lagi system down dah
maklum la perut memang kalah dengan banyak makanan
jamban la jadi peneman setia sampai 4x
nagis la dalam jamban, hahaha


7.7.2016
Day 2 Raya
Johor here we come
(Yong Peng-Segamat-Muar)




Patin Pais Open house yearly


8.7.2016
Day 3 Raya
(Merlimau-Simpang Renggam)
Geng Poli Merlimau than balik kg. Nek belah mak





9.7.2016
Day 4 Raya
(Duk rumah tunggu sedara datang beraya)
hehehe

10.7.2016
Day 5 Raya 
balik semula rumah sendiri la
nangis la raya da abes
hihihi

18.7.2016
Raya ke 13
keluarga menyambut seorang lagi ahli baru
baby gugurl
Nurul Aqilah adih pada Mohd Khaliq Aqil
tapi tak sempat bergambo dengan budak kecik tu
ambik gambo dengan abg nye jer la,hehe



than dalam bulan raya ni jugak
 ada member dengan sedara sebelah husben kahwin
So, masuk la juga cerita raya ni
hehehe


22.7.2016
Raya ke 17
Geng poli merlimau 
geng merempit poli
kawan kelas sebelah meja
geng buat final project
sume la,hehehe
Selamat pengatin Baru yunkkk kecik
tak dapat nak pergi majlis resepsi
so kami pergi la majlis nikah dan outdoor nyer
(Tema Pink & Baby blue)





23.7.2016
Raya ke 18
Makcik Husban kahwin pulak
tema Grey
 
tutu dress vs samping orang kaya wak doyok,
baru ler nampak macam mak buyong
hahaha

menantu vs mertua
hehehe 


Gambo sendri jek ada, sorry gambo pengantin tak ambik
hahaha



Now abes sudah cerita raya
dah abes raya baru nak cerita pasal raya
hahahaha


biase la
bzy nak pergi kelinik lagi
masak kek la
ke sane sini
handover keje dekat office
so ni jer la masa yang ada
enjoin reading guys..
=)


Isnin, 25 Julai 2016

PUISI UNTUK SI BULUS

15th July 2016

(Puisi untuk Si Bulus)

terlalu sedih untuk di katakan
terlalu sedih untuk di gambarkan
apa lagi terlalu sedih untuk di luahkan..

menangis tanpa suara
terngiang-ngiang di mata
bagaikan mata nya berbicara
tanpa sedar aku mengalirkan air mata

seperti kau sudah bersedia
seperti kau sudah mengetahuinya
seperti kau berkata-kata
bahawa kau akan pergi untuk selama nya

aku sedar dia bukan milik ku sepenuhnya
dia milik pencipta
Allah hanya meminjamkan mu untuk sebentar
untuk merasa kasih sayang mu yang sebenar
kasih yang tiada bandingan nya
kasih yang tiada tolok banding nya
pendengar yang setia
tapi kasih mu hanya sebentar

aku halalkan 
segala yang aku suapkan untuk mu
segala kelengkapan buat mu
aku halalkan titis peluhku
aku halal kan keringanku
aku halalkan kasih sayang ku buat mu

aku redo ya Allah
kau pergi kerana pernah membahagiakan ku

dengan titis-titis kasih
titis-titis kenangan 
titis-titis belaian
titis-titis kebahagian 
yang kau tinggalkan buatku

aku akan simpan dalam hati ini
sampai satu saat nanti aku bertemu kalian semula
dalam alam yang kekal milik pencipta

aku rindu 
rindu belaian kasih mu
rindu kelibat mu
rindu panggilan ayu mu
rindu mengomol mu
rindu bauan asli mu
rindu bulu yang ada di setiap sudut tidur & pakaian ku
rindu teman sepermainanku
rindu teman berbicara
rindu kawan yang pendengar setia
rindu kawan yang tidak pernah mengecewakan
rindu kawan tanpa perlu kau mengeluarkan kata-kata

semoga kalian pernah mendoakan kami sekeluarga
kami terlalu menyayangimu

Tulus, 
Mummydaddy
-Sitz-



Tinggal kenangan, 
Teristimewa buatmu :
Kesayangan hamba, 

Tupai@Ayg 25.5.2005-20.05.2010 (5years)
-Sakit tua-

Garry 20.05.2011-16.11.2011 (6months)
Lost In Action

Jebat 27.03.2015-20.12.2015 (9months)
Lost In Action

Snow 25.10.2015-15.07.2016 (9months)
- Virus peringkat kritikal serangan organ hati -

Mohawk 18.02.2016-15.07.2016 (5months)
- Virus peringkat kritikal serangan organ hati -

Jumaat, 17 Jun 2016

Pregnancy Dairy : 3rd Trimester

beginning of 24 weeks..
walaupon muka nampak cengkung dan tangan pun tak cubby macam dulu..
akibat 1st and 2nd trimester 8kg hilang..
selera makan and morning sickness saya makin berkurangan..
alhamdullah..
sudah boleh memasak...

suami pon nampak happy da leh makan saya masak..
jemu saya rase makan di luar sahaja...
saya pon sudah jemu makan di luar..
tak tau nak makan apa kalo keluar..

jadi mood excited nak masak kembali..
tapi suami masih kata
 'kalo tak larat tak pe tak masak, boleh makan luar'
tapi tekak saya la tak larat nak terima makan dekat luar
so saya masak la...
hihihi

walaupun keadaan saya dengan perut makin beso
tapi makin bersemangat
makin kuat buat kerja
tak boleh duduk diam
lagi2 sekarang kami sibuk nak pindah rumah
saya siap2 kemas2 apa yang patut
takut nanti dapat pindah time saya takde
kesian en.somi kemas sesorang
hehehe

masuk 3rd trimester dalam bulan pose..
harap-harap dapat pose penuh tahun ni..
jadi tak payah ganti pose kn..
untung jugak pregg time ni..hehehee
Alhamdullah, Allah mudahkan ibu mengadung ni..hehe





haaaa da nampak muke..
agak-agak ikut sape la muke baby
abah ke ibu dia..
idung mancung bibir bebelah..
dagu belah ikut ibu ke dagu jepun ikut abah die..
sebelah tangan die masih tutup muke
mungkin die malu dr. ambik gambo
hehehe

jantina masih di rahsiakan
tunggu sampai baby keluar oky
hehehe


hope baby dan ibu baby sihat
dalam lindungan Allah
Amin...



kalo nak cari tempat scan yang oky dan murah
servis and doktor kat sane memang oky
RM70.00 shaja 4D/3D
dengan booking ye..
=)



Isnin, 13 Jun 2016

Rumah Idaman

Sejak sebelum kahwin lagi 
memang dah ada cita-cita nak beli rumah
ingat nak beli sebelum kahwin lagi
tapi rezeki tak kesampaian 

tapi bersyukur dapat buat majlis kahwin meriah
macam yang di impikan setiap gadis (ewah,hehe)
pakai wit kami sendiri oky
laki bini usaha cari duit, pulun dari kami mula-mula kenal lagi
peracangan awal penting
sebab tula boleh simpan wit awal..
usaha sama-sama
takleh la beban kan pihak laki sorang jer kan
sekarang kan wanita dah same lavel dengan laki 
dan rezeki Allah jugak la 
tak boleh di nafikan lah kan
doa juta2 kali..
hehehehe
alhamdullah..

tapi harini kami nak cerita pasal rumah pulak
sudah berhempas pulas berabis masa kahwin
recover financing semula
setelah hampir dua tahun kahwin baru la dapat rumah sendri

sepatut nya ni hadiah anivassary 1st  kami
sebab proses dari 1st years kahwin lagi
tapi proses nak beli rumah ni lame oooo
belum masuk lagi wiring, grill, renovation rumah lagi la kan 
tak de renovation sangat pun kan
basic thing jer la
tapi tu berabis RM+++++


so nak bagi inpirasi je la pada sapa yang bercita-cita nak ada rumah sendiri
saya cuma bagi inpirasi jer..
taknak pulak blog ni sampai merundumkan impian orang
menghina orang yang tak berkemampuan
Insyallah Allah bagi rezeki pada kita ikut kemampuan kita
kalo mau rumah beso, kena besar la usaha kan
tu jer...
hehehehe


ni stage ke 4 rase nyer..
Plan rumah dari JuruNilai..

so dari sini boleh buat plan elektrikal, ukur Gril, ukur railing tingkap
estimate harge dari quantity dekat plan
dah kate pon keje Quantity survey
nilah keje kalo dapat kat umah sendri
survey harge and cari harge yang paling murah
ni cume belum mula kira kalo nak tambah kabinet dan extend dapur
over kalo macam tu untuk kami yang ongkos yang tak berape nak menampak
kira memang boleh, nak buat tunggu wit jatuh dari langit..
hehehehe



Gud luck..!!
nanti sambung cerita lagi
bila sume stage da complete
hope dapat masuk pas saya abis pantang..
Amin..baby duk rumah baru jer la..
tak payah ibu abah nak nek turun tangga
kat rumah sewa..
hehehe

Rabu, 11 Mei 2016

Pregnancy Dairy : End of 2nd Trimester

Start masuk 20weeks
atau same dengan 5bulan 

saya start saya perut saya makin beso
sume baju saya yang besar-besar boleh menampakkan perut
rase subahanallah teruja dan bahagia sangat
Alhamdullah tidak terhingga
walaupon masih alah lagi
litter person nie pon dah mula rase bergerak-gerak
tendang-tendang
walau pon tak kuat..
seronok...

yang paling seronok..
en. husben pon dah mula nampak teruja..
nampak excited nak beli barang baby..
tula yang paling happy..


teruja nya husben mencari nama 
lebih dari saya sendiri
nampak husben happy la buat saya happy..
hehehe

berharap masuk ke trimister ke-3 ni 
semua nya akan berjalan lancar


baru tau perasaan sebenar bila diri sendiri mengandung
rasa sangat lain dari biasa..
teruja sangat..indah tak tergambar dengan kata-kata..
Allah Maha besar..
Alhamdullah..


dan saya sudah mula google mencari
barang persediaan menyambut si kecil 
wish me luck..





with lot of love...
sitiwankembangjunior..
insyallah, alhamdullah, subahanallah..







Khamis, 14 April 2016

Pregnant Dairy : 1st & 2nd Trimester

1st Trimester
1st month, sebelum tahu kehadiran insan kecil ni
saya cuma tak selera makan
tapi start pertengahan bulan kedua makin teruk
tak selera nak makan
tak boleh nak masak
tak leh pergi pasar beli ikan
bau ikan pon tak lalu


kemudian, en.suami kata
tak payah masak la,
kita makan luar, kamo bukan makan banyak
bazir jer..

bila dah nak masuk 2nd Trimester
Mula demam
Muntah-muntah
tak larat nak buat apa pun
kepala sakit dan berdenyut2
mujur la en.suami memahami
melayan kerenah

die la tukang masak
tukang kemas
tukang bagi makan anak bulus


bila demam ni, macam2 rase
bangun minum air pun tak larat
kalo batok tu makanan semua di muntahkan
pastu tak larat, lembik, sayur..hehehe

lepas seminggu saya demam
sambung lak en.suami demam
jadi saya sampai dua minggu demam
turun la lagi berat 3kg
sebab tak lalu nak makan langsung
huhuhu

Pertengahan 2nd trimester 
saya rase lebih baik..
banyak kerja dah boleh buat balik,
mengemas, bagi makan anak bulus..
rasa loya dan muntah dah kurang..
saya sangat happy..
boleh mula makanan berkhasiat untuk
insan kecil saya ini..
tak sabar nak tengok perut membesar
dan si kecik di dalam nya sihat..
insyallah..





so di sini saya ada pesanan,
setiap orang yang mengadung
rasa, keadaan dan rezeki nya berbeza
jangan la membeza-beza, membanding-banding..
mereka dalam keadaan sangat sensetif dan emosi sangat tidak stabil..
so jaga la perasaan mereka...

=)



Selasa, 16 Februari 2016

1st Year Anniversary Married

16th Feb 2016



Still awkward to tell his is my husband
his the one my favorite man
my only one
my love
my everything
6 years ago we meet, than one day i know you are the one what i looking for..
his name Mr. Muhammad Khairul Izewan B. Othman


this 2016 our 1st year anniversary
our target to get our own house
but we are also
surprising get new news
insyallah this year get our own baby
so we get both in 2016..
two gift in 2016..
Insyllah Alhamdullah Subahanallah


"Allah are know went the right time, on the right place"
"Allah tahu yang terbaik untuk kita, bila masa ketika yang sesuai apabila seseorang itu bersedia"
Amin



syukur yang tak teringga!!
terima kasih allah



 2016
vs
2011





insyallah pray for us will be happy until jannah..
1 year married with 11 weeks little person in my tummy..
the best gift ever..



=)

Isnin, 11 Januari 2016

Positive - Double Line

New Year New News New Sprite New Target
New Vision

7.1.16
Positive Preg Mummy
Alhamdulillah

Saya tak tau perasaan ketika melihat keputusan
merasa tidah percaya
bila saya tengok kelendar period saya, 
jangkaan masa period sudah lewat
tapi saya tetap berfikir positive
sebab kadang2 memang lewat 4-5hari
tapi ni lebih 8hari

rasa pinggang dan berut kadang2 sakit 
seperti tiap2 bulan nak datang period
b****t sakit dan sensetif
masih lagi berfikir positive

jadi petang balik kerja saya terus cek guna kid test
yang saya ada beli dengan ovulation test
(tak sempat nak guna lagi)
baru sampai dalam dua tiga hari
mase test perasaan bercampur baur
pikiran bertanya dengan hati
macam mana kalo sudah ada?
macam mana kalo tiada?
sangsi, bersediakah aku??

tapi saya test juga akhirnya..
mula2 keputusan tunjuk 1 line
lepas tu, 
saya fikir positive
belum sampai masa nya lagi
than lepas masak saya tengok lagi
keputusan nya masih 1 line
sebab die test kid tu tulis, 
keputusan akan keluar lepas 10minit
maksud nya belum ada rezeki lagi

selepas tu
saya tak ada tengok lagi
hati macam sedikit kecewa atau gembira

tapi bila pagi 
saya tergerak nak tengok semula keputusan semalam tu
seperti tak percaya
kenape ada dua line
than dengan merasa hati tertanya2
dan saya terus buat testing kid yang lain
tapi kali ni
line kedua keluar dengan cepat 
tapi samar-samar


tapi hati masih berkata
betul kah ini
masih terkejut dan tertanya2
mahu mengejutkan sang suami atau berdiam diri
terus masak sarapan sambil
fikiran berfikir2
tak tau macam mana nak cakap dengan en suami


dengan menguatkan diri
selepas sarapan, 
cakap dengan en suami
saya punya period lewat
than test kid dua line
than 
en suami jawab dengan santai
kamo punya masa da lewat dari biasa 
sayang da boleh agak da...
hahaha

perasaan bercampur baur
nak gelak atau marah
rasa nak gigit lengan en suami yang macam ayam
tengok die gelak, hihi

macam saya lak kene game
sekian...
=)



wish me luck
be gud mummy and daddy
perfect look & healthy child and children
Amin
May Allah Bless Us!!



lepas la kami pergi honeymoon 3x berdua
walaupon dekat2 dalam malaysia jer..
hihihi




semoga rezeki kami lebih melimpah dengan kedatangan
orang baru dalam hidup kami
yang di tunggu2 oleh kami dan seluruh keluarga kami
Amin




Rabu, 6 Januari 2016

Honeymoon ke-3

Dalam Usia Perkahwinan hampir setahun (10 bulan)
ada rezeki masing-masing dah dapat anak la
ada dah dapat rumah lah
rezeki kita?
kita yang tentukan
Isyallah, Allah mudahkan jalan.,
Amin


19-22hb December 2015
Alhamdullah
tercapai jugak hasrat kami pusing-pusing Semenanjung Malaysia
bahagian utara
di sebabkan dulu en.suami dulu belajar perlis
die saje jalan nak tunjuk tempat die study la konon-konon..
sekali jalan member kahwin dekat Kedah


Tapi dapat la jugak kami pusing tiga(3) negeri
dengan budget yang Minimum
mengumpul oky dua bulan
"kalo ikat perut pun siapa tahukan", hehe
janji dapat berjalan...
- biar susah dulu asal hidup jangan penuh hutang -



18.12.2015 (Jumaat)
8.00pm mula perjalan dari rumah ke Kedah


19.12.2015 (Sabtu)
2.00am Sampai Angerik Homestay Sg. Petani
(Budget RM60.00) pay RM50.00
10.00am sarapan pagi
11.00am sambung perjalan ke Felda Lubuk Merbau, Pedang
Penganti Baru Pada Abg Udang (Hanis Azimi)
12.30pm sampai Rumah Bertandang Pengantin
2.00pm Pengantin Berarak
5.00pm follow pengantin outdoor
(ikut hati ikut pengatin outdoor sebab nak pergi ladang anggur Sik,
tapi pengantin tak masuk situ pulak)


7.00pm go to Alor Setar
8.30pm Check in Hotel Barat Inn
(budget RM60 pay RM50.00)
10.00pm Dinner Rumah Kawan Husban dekat Jeti Kedah



20.12.2015 (Ahad)
2.30am kene ketok dengan Jais Alor setar
pengalaman yang tak dapat di lupakan,
tapi kami pergi bercuti memang sudah bersiap sedia dengan slip nikah
cuma mereka macam susah nak percaya sebab sijil dan kad kawin belum dapat lagi
kesian kami,hahaha
nak macam mana budget kecik dan hotel ini sahaja yang kosong
kami tak kesah sangat janji ada tempat nak tido
- biar la orang cakap kami sengkek, tapi taknak la sampai melarat diri nak duk hotel mahalkan-
bukan tak mampu tapi travel for fun
10.00am sarapan di Bangunan Ukir dan shopping Pekasam di Pekan rabu
sangat la suggest Bahulu di sini, sebab sangat la sedap dan murah
peniaga pon tak kedekut
tapi kalau pergi hari minggu tunggu que berejam la, ambik no giliran oky..
hihi

1.00pm Bergerak ke perlis pulak lalu jalan kampung
sebabkan saya sibuk sangat nak tengok pemandangan padi
cik husben pon bawak jer,
seronok, sepanjang jalan padi dan bukit bukau,
macam dalam cerita CUN tu
cantik sangat..

2.00pm dah sampai Kangar
Pusing sana sini
3.00pm dah sampai Padang Besar
konon-konon nak tengok2 sahaja
sekali bila da tengok barang2 jesi dan baju tie&dye..
mane mau nya tak beli
cik husben cakap ' dah tak boleh percaya cakap nak tengok2 nya tu' hahaha
ha sape yang kene tangkap kuat shopping ni..hahaha
lagi beli ikan masin ni, RM10.00 seekor,
macam berbaloi, beli..hihi

4.30pm bergerak ke Gua Kelam
dekat je dengan Padang Besar tu
tempat best, masuk RM1.00
ada tempat bileh junggel traking,
sape yang larat ada laluan tangga sikit
kami tak larat dah, penat shopping tadi..haha

6.00pm pergi Kuala Perlis pulak
konon2 nak pergi carik laksa yang sedap dan hotel
dan makan malam seafood
6.30pm jumpa kedai Laksa Mak Su
tak suggest la, mee laska sahaja yang die buat sendiri
tapi kuah nya cair sangat dah takda rasa
balik makan mak mertua masak laksa lagi sedap
hahaha
7.00pm pusing2 carik hotel semua penuh
sebab dekat dengan jeti orang nak pergi langkawi kan
so kami deside terus makan seafood kat sane dulu
baru carik hotel dekat Kangar
oky la, nama kedai tak ingat da..
sume seafood, xde ikan..
nasi 1 jer..jumlah RM74.00
boleh la nak makan sekali2

sampai 10.00pm pusing2 carik hotel semua penuh
hari ahad tapi penuh
than carik dalam google maps ad 1 Federal Hotel
tanya2 harga RM90.00
11.00pm terus ja check in
penat da tak larat nak carik lagi
hahahaha
hatel tingkat 4, blik besar da selesa,
ada tingkap luas lagi tau, hair dryer pn ada tau, syok sangat,
tak menyesal bayar mahal sikit



21.12.2015 (Isnin)
9.30am awal lagi kami dah siap check out
10.00am pergi sarapan
tapi kampung kan
pukul 10am makanan dah abes
sedih
11.00am kami terus jalan ke Alor Setar semula
ke Pasar Rabu sebab nak beli bahulu
sebab hari sebelum nya tak sanggup nak tunggu lama
akak kedai pon cam muka kitorang, dapat la baulu free lagi,
hahaha
12.00pm Pasar Rabu, bila dapat bahulu borong dua box & 1 plastik
banyak dapat, siap tapau untuk makan dalam kete
sedap lembut didalam crunch di luar, haha
2.00pm kami sampai di Geowtown Pulau Pinang


terus pusing2 carik hotel yang mampu milik
tapi dekat Penang memang takde harapan nak dapat hotel bawah RM100.00
selepah pusing2 menempuh jem
kami pilih satu hotel ni bagi promotion dekat kami
6.00pm check in The Garden Hotel
sangat sunggest, Hotel ada paking sendiri, layanan bagus
promotion RM118.00 (harga asal RM198.00)
cume tak dapat bilik tinggi so bukak tingkap nampak bungunan sebelah
tak macam dekat perlis
kalo nak cuba, tempah la tingkat tinggi2, syok cikit..hahaha

8.30pm dah rehat2 mandi sembahyang
pergilah bawak member honeymoon makan dekat Padang Kota Lama
pada saya, saya tak berapa sunggest la
makanan pon tak banyak pilihan, tak berapa sedap,
mahal tercekek..hahaha




11.00pm pergi makan tempat lain, sebab husben cakap tak kenyang
makan abes RM32.00 pon tak kenyang, so bayangkan la sendiri
pergi makan kedai melayu biase, makan RM7.00 dapat nasi goreng segunung
baru la kenyang..
hahaha



22.12.2015 (Selasa)
9.00am Bukit Bendera
konon 6.00am nak terpacak kat sini
tapi masing2 sayang tido
lagi2 pengatin baru tu, hahaha
10.00am dapat naik dan makan dekat Bukit Bendera
makan boleh lah kat sini, tapi tak teruk sangat, paling special
aiscream campur2 buah dia, RM10.00
tapi banyak, okay la
pusing2 ambik gambar









1.30pm turun dari Bukit Bendera
pengantin baru pon hantar kami ke hotel semula,
penat katenya nak tido, tadi pagi bangun awal (double meaning)..haha
2.30pm pergi ke Musium P.Ramlee
teringin sangat nak pergi sini cik husben ni
walaupon ngantok sangat, layankan jer cik husben kita ni,hahaha



4.00pm pergi ke Persiaran Gurney Makan
dekat sini lagi banyak pilihan
dan murah sedikit
makanan pon tak teruk sangat
duk sekejap dekat tepi pantai persiaran gurney makan tutti frutty
all time favorite 

cik husben kate, jauh2 makan tutti frutti, hehehe
 park dekat Plaza Gurney, persiaran gurney than berjalan sikit tepi pantai
sampai jumpe macam foodcood cina dulu, baru jumpe foodcood melayu

5.30pm pergi litte India
konon2 nak carik Streat Art
tapi tak jumpa
jumpa ni dua jer, jadi lah nak lepas gian

than 7.30pm kami terus nak balik KL
otw pergi beli Jeruk Pak Ali
sedap, tak bergas macam beli siam punya..sangat suggest



23.12.2015 (Rabu)
2.00am sampai rumah
tido jap lagi nak pergi kerja
ada meeting,
kalo tidak kami stay lagi di penang hari ni,
tapi di sebabkan da tak tau mana nak pergi lagi
duit budget pon hampir abis,
so masing diside balik la
hahaha


tu jer cerita kami menjelajah 3 negeri
budget RM1,300.00 siap minyak, tol, shopping dan makan
so far cukup untuk kami
dan kami super seronok
" Misi Berjaya"
harap enjoi baca...



Terima Kasih..
with a lot of LOVE..
mmuahhh



typo abaikan, =)