setelah habis berpantang 100 hari
orang lain biase pantang 44hari sahaja
tapi aku, takdir aku berbeza
sebabkan aku normal+vakum+czer, terpaksa pantang lagi 100hari
3bulan setengah tau
"apa yang pantang??"
1. daging (sebab luka dalaman lambat baik kalo makan daging dalam 3bulan pertaman) semua jenis daging kecuali ayam
2. telur (ni paling susah, sebab kebanyakan makanan berasaskan telur,pening kalo nak makan tu)
3. ikan bersengat (Keli, baung, etc)
4. seafood (da la seafoodlover,kene pantang lelame,sabo jer la)
5. ais (minuman berais) ini memangmemerlukan keimanan yang tinggi
6. sayuran sejuk (kankung, bayam, etc)
7. buah2 sejuk (tembikai, nenas, etc)
8. satey atau makan yang menggunakan buluh
9. tak boleh makan makanan pedas2 sangat
10. tak boleh lasak2 dan agkat barang berat
11. berpantang dengan suami (tentula) diri sendiri pon macam tak yakin dirikn,bentuk berubah, kulit makin gelap, rasa diri berbau (entahlah, kata orang emosi jer) masa ni la rase sume produk orang cakap nak cantik kan kulit nak beli n makan,
syukur nampak perubahan, dan rasa lebih yakin dengan diri sendiri
Allhamdullah
tapi lepas 100hari rase macam nak melompat2 gembira sebab kebanyakan makanan dah boleh makan
tapi
selepas 2hari abis pantang
kene sakit teruk pulak
aku rase macam terkejut mungkin, lepas pantang bedal sume
abes kambing pun sedap jer makan
hahaha
jawab la sendiri
sakit kepala, migrin, mutah2, cirit birit, gastrik & tekak bekak tak boleh makan
sekian la..
seminggu la kecundang sakit pulak lepas abis pantang..
baru masa ni la nampak husben betol2 leh jage baby..
aku memang tak larat betol..
sayang husben saya,hihihi
dan lepas 100hari ni la baru rase trauma bersalin tu da tak kuat sangat
mungkin la sebab tu la dulu orang tua2 cakap suh pantang 100hari kan
nak jaga emosi perempuan ni,
orang lain tak tahu apa yang kita lalui, hanya kita ja yang tahu
so, jangan ambik mudah, dan sesuka hati samakan kita dengan orang lain
kalo rasa tak mampu, da emosi belum kuat
berpantang la selagi boleh..
ia memang bagus untuk kesihatan wanita,..
suami jangan ambik mudah emosi isteri yek,
awak gak nak hidup till jannah katanya..
so, sape yang bakal lahirkan cahaya mata..
berpantang la betol2..
dan orang sekeling, kalo boleh jangan membanding2 kan dengan oranglain berpantang sebelum ni
kene jage emosi orang berpantang ni,
boleh meroyan tau macam ni sebab emosi dieorang cepat terganggu
beri la sokongan penuh, selalulah berada di samping mereka
selalula bertanya keadaan mereka
insyallah akan cepat baik...
with lot of love for my dear son,
Muhammad Khairul Iman bin Muhammad Khairul Izewan
mummydaddy love you
be a gud boy, oky..