Apakah membebanimu wahai hamba Allah, untuk tersenyum di hadapan isterimu
dikala anda masuk bertemu isteri tercinta, agar anda meraih pahala dari
Allah?!
Apakah membebanimu untuk berwajah yang berseri-seri tatkala anda melihat
anak dan isterimu?!
Apakah menyulitkanmu wahai hamba Allah, untuk merangkul isterimu, mencium
pipinya serta bercumbu disaat anda menghampiri dirinya?!
Apakah memberatkanmu untuk mengangkat sesuap nasi dan meletakkannya di
mulut isterimu, agar anda mendapat pahala?!
Apakah termasuk susuh, kalau anda masuk rumah sambil mengucapkan salam
dengan lengkap agar anda meraih 30 kebaikan?!
Apa yang membebanimu, jika anda menuturkan untaian kata-kata yang baik yang
disenangi kekasihmu, walaupun agak terpaksa, dan mengandung bohong yang
dibolehkan?!! Tanyalah keadaan isterimu di saat anda masuk rumah!
Apakah memberatkanmu, jika anda menuturkan kepada isterimu di saat masuk
rumah : "Duhai kekasihku, semenjak Kanda keluar dari sisimu, dari pagi
sampai sekarang, serasa bagaikan setahun".
Sesungguhnya, jika anda betul-betul mengharapkan pahala dari Allah walau
anda letih dan lelah, anda mendekati sang isteri tercinta dan menjimaknya,
maka anda mendapatkan pahala dari Allah, karena Rasulullah bersabda: "Dan
di air mani seseorang kalian ada sedekah".
Apakah melelahkanmu wahai hamba Allah, jika anda berdoa dan berkata: "Ya
Allah perbaikilah isteriku dan berkatilah daku pada dirinya".
* Ucapan baik adalah sedekah.
* Wajah yang berseri dan senyum yang manis di hadapan isteri adalah
sedekah.
* Mengucapkan salam mengandung beberapa kebaikan.
* Berjabat tangan mengugurkan dosa-dosa.
* Berhubungan badan mendapatkan pahala.
"KETAHUILAH WAHAI WANITA "
1. Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suamimu, maka
pahalanya seperti berpuasa sunat selama setahun.
2. Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh
suamimu, pahala haji dan umrah.
3. Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan kepada suamimu, pahalanya
tidak putus ganjaran dari Allah.
4. Sekiranya anda hamil, pahalanya shahid.
5. Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suamimu, pahalanya
seperti anda bersedekah 1,000 ekor kambing kepada fakir miskin.
6. Sekiranya anda memlihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng
daripada api neraka.
7. Sekiranya anda memandang suamimu dengan pandangan harmonis, pahalanya
seperti anda berzikir kepada Allah.
8. Seandainya anda mati dalam keadaan suamimu redha kepadamu, maka
syurgalah tempatmu.