Jumaat, 18 November 2016

Birth Story My 1st Baby

Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor

PART 1

Setelah dua bulan melahirkan khalifah Allah pertama dalam hidup saya, 
akhirnya saya mempunyai kekuatan menulis
masih bersisa terasa trauma dihati
menulis sambil menangis
hanya tuhan sahaja yang tahun apa yang saya rasa

terkadang saya tidak terluah untuk mendodoi anak sendiri
tapi setelah menjadi ibu, dalam hati selalu mengucap lailahaillah 
untuk memberi kekuatan untuk membesarkan anak sendiri
supaya tidak banyak menyusahkan orang lain
terkadang walaupon saya terasa tidak bersedia
tapi depan orang saya perlu menunjukkan kekuatan yang bersisa

walaupon saya sekarang bekerja dalam bidang engineering, 
 bukan dalam bidang medical
tapi dulu cita-cita saya adalah menjadi doktor
so, serba sedikit masih bersisa minat dalam bidang ini
dan mengambil tahu dalam bidang ini

saya ingin  menceritakan pengalaman saya melahirkan 
anak pertama saya di hospital ini
terdapat sisi kebaikan dan keburukannya
saya berharap memberi inpirasi pada bakal ibu dan bapa
dan penambahbaik dari segi kekurangan yang saya akan ceritakan 

due sepatutnya saya melahirkan anak 9hb September 2016
pada minggu ke 34 Klinik Kesihatan sahkan saya mengidapi diabetis tahap permulaan 
dengan bacaan sebelum minum air gula 5.1 dan selepas minum air gula 7.1
tetapi bacaan KK Puchong adalah sebelum 5.0 dan selepas 7.0
daripada bacaan sepatutnya
 sebelum 5.6 dan selepas 7.8 (baru pengidap diabetis)
paras bacaan diabetis di rendahkan sesuka hati 
tanpa memberitahu kepada ibu mengadung
perkaraan ini pun sudah membuatkan saya terkejut
dan banyak menyusahkan saya 
terpaksa mengabil banyak cuti dan terpaksa cuti awal
saya rasa ini kesilapan pengurusan KK Puchong atau semua KK di Selangor

saya memaksa diri admit Hospital ini pada hari due saya (9.9.16)
balik ke johor awal, banyak merugikan masa matenity leave saya
setelah sehari admit saya di benarkan keluar
"sepatutnya awak tak payah masuk hospital, saya rasa KK awak tak sama bacaan dengan sini,saya mintak maaflah,awak boleh kluar esok sebab sekarang dah malam saya tak boleh benarkan awak keluar sekarang. saya bagi 6hari untuk over due dan sekarang saya tolong bukakan jalan"
kerana tahap bacaan hospital untuk diabetis adalah 
bacaan normal sebelum 5.6 dan selepas 7.8 (baru pengidap diabetis)

setelah keluar dari hospital,
mereka memanjang kan tempoh masa 
untuk ibu mengadung over due yang tiada tanda-tanda bersalin
15hb september 2016 tarikh untuk saya admit semula
dan 14hb september 2016 mereka suruh pergi check-up KK Yong Peng
tidakkah tuan puan rasa tarikh rapat seperti ini
banyak merugikan saya
ibu mengadung lagi sarat, terpaksa ke sana sini 
membasirkan cuti lebih seminggu untuk perkara yang tidak sepatutnya


Part 2

pada 15hb September 2016 jam 10am
saya menyerahkan diri
bayangkan dari 9hb September 2016 hari-hari saya berdoa dan berharap baby 
akan keluar, dan saya boleh rasa bersalin dengan rasa normal macam orang lain
tapi Allah menetapkan jalan saya tidak sama dengan orang lain
saya redo menyerahkan diri, dengan semangat yang semakin luntur
setiap hari semua ahli keluarga bertanya
sama seperti sebelum saya ditakdirkan dapat mengandung
menunggu hampir setahun

setelah admit, 
doktor menetapkan 16hb september 2016 7am
dipaksa bersiap seawal 5am, mandi dengan air sejuk
akan memberikan ubat induce(paksa bersalin)
saya di beritahu Induce kesakitan mungkin lebih sakit dari 
orang normal yang ingin bersalin
tapi pada hari tersebut, dua yang saya rasa
kesakitan pemeriksaan jalan dan ubat yang di masukkan 
memang menyakitkan, seperti di rodok2 dengan kayu
dan perut saya mula sakit mengeras yang teramat
tapi bukaan masih 1cm 
ahli keluarga semua bertanya
dan saya hanya mampu menagis dalam tandas ketika itu
dan ketika ini tangan saya mengigil-gigil menaip dan air mata terus mencurah ke bumi
kerana teringat setiap saat ketika itu menahan sakit seorang diri
hari pertama induce ni hari jumaat, 
suami saya terpaksa tak pergi sembayang jumaat sebab
tahu saya sudah mula sakit, 
dia takut tidak dapat temankan saya salam labour room nanti
tapi pemeriksaan kedua selepas sembahyang jumaat
lagi di tambah ada seorang nurse dengan rasa tidak bersalah
"husban awak tak pergi sembahyang jumaat ke?"
"dia tunggu saya sebab da sakit"
"doktor periksa lepas sembahyang jumaat"
"nape tak sebahyang dulu"
dengan angkuhnya berkata-kata dengan ingat orang tak tau hukum agama
tapi kami tidak punya pengalaman, maka tidak tahu apa bakal akan terjadi
tempat ini pula baru bagi suami saya
dia bukan orang negeri ini
tapi sekurang2nya suami saya sembahyang zuhur
tapi bukaan baru 2cm
kesakitan seperti dirodok2 dengan kayu ditambah pula
malu kerana pemeriksaan kali ini di lakukan oleh Dr. lelaki pula
saya rasa sangat sedih dan kecewa 
dan semangat yang semakin hari semakin berkurangan
  
disebab masih belum ada tanda baby akan keluar
hari kedua induce kali kedua 17hb September 2016 6am
cara paksaan untuk bersalin kali ini berlainan
bukan lagi paksaan ubat kedalam cervix saya
tapi salur seperti belon di masukkan ke dalam cervix
dirodok2 lebih dasyat dari hari pertama
untuk paksaan bukaan
tiup belon ini di masukkan bagi membuatkan bukaan natural lebih cepat, 
bila belon ini jatuh, maknanya bukaan semakin besar
tapi kesakitannya masih sama
setelah tiup belon selesai di masukkan
menagis la sekali lagi di toilet seorang diri
terasa diri ini looser
membuat semua orang tertunggu-tunggu
dan merasakan kesakitan berhari2
terasa ujian Allah semakin berat untuk di tanggung
suami saya semakin berharap apabila sakit saya makin kerap
tapi saya berasa sedih seperti mengecewakannya
seperti menunggu buah tak gugur
tekanan menggunung
makan,baring dan tidolah saya sambil menagis

pada 18hb September 2016 4am
tidak seperti hari sebelumnya
check-up bacaan jantung baby biasanya dilakukan pada pukul 1am
tetapi hari ni jam 4am
saya di kejutkan, di arahkan kencing dan check-up jantung baby
then, saya pergi kencing, besama-sama itu belon untuk saya induce jatuh
tapi saya tidak berasa sakit contraction langsung
then, semasa check-up jantung baby, saya memberitahu nurse
selepas ambik bacaan jantung,
check jalan laluan di buat lagi, dan di beritahu jalan dah bukak 3-4cm
saya gembira sekejap
kemudian, nurse memasukkan ubat untuk mengeluarkan najis
dan saya memang seorang yang tidak tahan bila perut memulas,
rasa nak menjerit-jerit bila ubat tu buatkan perut memulas


Part 3

bermula la episod kemuncak
jam 5am saya mula menggigil, dan mengerang kesakitan bila perut saya memulas
saya hanya mampu menjerit dalam toilet sambil menggigil
kemudia 4orang nurse datang dalam toilet memanggil-manggil
menyuruh saya keluar, sebab meraka kata saya da boleh die bawa ke labour room
sebab sakit memulas adalah sakit constraction
mereka datang dengan wheelchair mengabil saya dalam toilet
saya die tolak dengan wheelchair ke katil saya
dan di suruh makan dan inform husben sebelum ke labour room
saya hanya sempat makan separuh roti gardina jagung
kemudian terus di die tolak ke labour room
sampai ke labor room jam 6.30am
kemudian mereka menyuruh baring,
jam 7am doctor check jalan untuk kali ke dua
tetapi mengecewakan, jalan hanya 3cm
sakit yang teruk mula di rasai
tangan dan perut saya mula berselirat dengan tiub
di masukkan ubat
sakit sangat kerab sampai rasa tidak terdaya hendak mengira contarction selang berapa minit
 saya tanya nurse pelatih, husban saya tidak boleh masuk ke
dia beritahu, husban akan die panggil masuk setelah bukaan 10cm
sedih tidak terhingga, tidak ada air mata lagi untuk berkata-kata
bayangkan 3cm nak samapaikan 10cm
nurse beritahu biasa nya sakit contraction ambik masa sampai 12jam
sudah tiada orang bagi semangat, husban tidak boleh masuk
tiada kata-kata nak tunngu 12jam, rasa tiada daya

setelah bergelut dengan constraction seorang diri
jam 10am doktor check jalan kali ketiga
jalan masih 3-4cm
sungguh mengecewakan, kemudian di biar bergelut lagi seorang diri
di beri ubat itu dan ini
jam 1pm doktor check jalan kali keempat,
jalan buka 4-5cm
sekali lagi mengecewakan
tetapi masa ini sakit contraction mengatasi sakit check laluan
saya bagitahu nurse supaya
"bole update info pada husban saya tak"
"puan, ada bulitin board kat luar untuk bagitau update pada husban puan"
tapi mengecewakan
mak dan husban saya menunggu tanpa mngetahui apa-apa perkembangan
saya berasa sangat sedih bila tanya semula pada mereka esok hari
sebab saya rasa, hospital ini tidak seramai hospital di tempat lain
tapi banyak benda yang diberikan seperti hospital yang ramai orang
sebelum saya memilih hospital ini, saya berharap hospital ini lebih baik dari tempat lain
hospital baru, fasiliti baru, doktor bagus
tetapi hanya mengecewakan
semuanya tak boleh itu dan ini,huhuhu

kemudian jam 4pm
sekali lagi doktor datang check jalan
jalan bukaan baru 5-6cm
bukan sekali dan seorang sahaja doktor jalan check
tapi berkali-kali kali ini
masih lagi husban tidak di benarkan masuk
sakit hanya tuhan sahaja yang tahu
sambil nurse setiap kali masuk cuma boleh cakap
"baca selawat puan,jangan tahan-tahan,tarik nafas banyak jangan ikut sangat sakitnya"
dengan sinis nya

dan kemuncak jam 7pm
doktor sekali lagi datang beramai-ramai
bukaan jalan di check dan jalan baru buka 7cm
kemudian doktor membuat paksaan jalan ke 9cm
dan doktor mula-mula menyuruh saya cuba meneran
cuba sahaja, tapi sakit meneran belum kuat lagi
tidak sempat apa-apa doktor dan nurse sume serbu
memaksa saya meneran untuk bersalin
"teran puan jangan kuarkan suara, kepala da nampak ni,kuat lagi puan"
bayangkan lah 9cm, husban masih tidak di panggil masuk
paksaan bersalin telah dilakukan
patutkah itu???saya sampai sekarang masih fikir,
patutkah itu yang dilakukan dan berlaku??

semasa saya meneran,
cuba sedaya upaya, hanya memandang ke pintu mengharap melihat kelibat husban saya
terdengar nurse pelatih "doktor da boleh paggil husbannya ke?"
tapi tak di layan sesiapa
dua tiga kali meneran, seorang staf nurse mula mehenyak-henyak perut saya
sambil nurse tersebut berkata
"teran lagi puan,teran lagi boleh,kuat lagi puan"
saya da abes daya, dan berharap husben saya akan datang pada masa tu
untuk memaksa baby keluar
pada pandangan anda, patutkan itu berlaku
perut saya seperti di tumbuk-tumbuk
nafas yang panjang tinggal separuh setiap kali nurse tersebut bila dia menumbuk2 perut saya
 dimanakan saya mahu ambik kekuatan dan nafas jika ditumbuk-tumbuk seperti itu
pada pandangan saya, dan semua orang yang berpengalaman bersalin memberitahu saya
nurse hanya boleh mengurut perut untuk membantu baby keluar
tetapi ini la hakikat yang berlaku
patutkah ini berlaku??
ya, yang boleh di katakan, bukan rezeki saya menerima nasib sebegitu..huhu


oleh kerana baby tidak keluar,
doktor mula kan procedure vacumm pula
tetapi vacumm memerlukan cervik di gunting dan meneran
tetapi perkara sama berlaku
3x vacum di jalankan
perut saya di henyak-henyak sekali lagi
baby yang sepatut nya boleh keluar
tidak dapat keluar dengan normal

"puan kita akan vacum puan sain ini, kita akan gunting bawah ni.tapi tak boleh banyak kali vacuum sebab takut effect pada kepala baby"

jam 8am saya terus ditolak ke operation room
untuk emergency czer
hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan saya
ada nurse yang berkata "nasib ko la dik, sakit atas bawah, nasib ko la dik potong atas bawah"
patutkan?, bukakah lebih baik, bagi kata-kata semangat
cepat la ini berlalu, biarlah czer dari perut saya di henyak-henyak sebegitu rupa
walaupon hanya berharap bersalin normal sepanjang bersusah payah
berhari-hari di hospital
tetapi tiada apa lebih baik dari aturan ALLAH
bukan rezeki saya
Allahhuakbar


akhirnya keluar lah Putra kami jam 8.18pm, 3.57kg, 18.09.2016
Muhammad Khairul Iman B. Muhammad Khairul Izewan



setelah bergelut dari 16-18hb September 2016
dari jam 5am hingga 8pm (15jam)
dan tidak dapat makan dari 18.09.16 (5am) hingga 19.09.16 (7am)



kronologi
1. membuat bukaan secara paksaan laluan
2. medical induced
3. belon induced
4. normal procedure
5. vacuum procedure
6. akhirnya czer procedure



hanya Allah sahaja yang tahu
betapa trauma nya mental dan fizikal saya


keluar operation room jam 12am
akhirnya dapat melihat wajah husban dan bonda saya
air mata sahaja mampu menjadi kata-kata
usap muka dan cium tangan mereka penganti kata-kata
bonda "nape tak boleh normal" (menangis)
husban "mungkin bukan rezeki dia"
Allahhuakhbar
Subahannallah


Part 4

Jam 7am 19.09.2016
baru saya dapat bagun dan makan
jam 10am doktor pakar datang
dengan ramai doktor pelatih
mengeluarkan kain dari cervik saya
luka lebih dalam dari meraka yang bersalin normal
kemudian di jolok pula dubur untuk memeriksa sisa kain 
peritnya subahanallah 
Jam 12pm saya sudah di paksa bagun dari katil untuk menguruskan diri sendiri
mengangkat dan menyusukan baby saya
subahanallah hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya dan nyilunya
tetapi saya gagahkan juga
cekalkan hati

kemudian beseorang lagi satu malam
untuk memantau keadaan saya
kemudian 20.09.2016 jam 2.30pm
baru saya dapat check out
tetapi baby terpaksa di tinnga pula di NICU satu hari
sebab jaudis
cekal lah wahai hati


Part 5

masa berpantang
ambil masa lebih 3minggu untuk jalan normal
lebih 4 minggu masih tidak boleh duduk di tempat yang keras
tidak boleh duduk di lantai
hampir setiap hari menangis trauma lebih dari 3 minggu
tidak boleh pantang secara normal
rasa masih sakit tulang punggung macam orang mengadung@orang bersalin normal
memang tidak setanding kata-kata apa yang di lalui




Semoga Allah cekal hatiku, 
membesarkan khalifah mu ini
Amin



New home
new family member
so, like mummy or daddy?


18.11.2016
happy 2 months Iman
be a good boy and soleh
now 5kg
amin



before deliver 69.7kg


after 57.6kg