Jumaat, 28 Julai 2017

Menjadi Ibu Berkerjaya Mencabar dan Dilema

bermulanya kisah dari  1.6.2017




bertukar la pengasuh baru untuk Muhammadkhairuliman
Untuk tidak memalukan mana2 pihak 
saya tukar nama ke pada : 
pengasuh pertama - Cousen husben - A
pengasuh kedua - Mak Saudara husben - B
pengasuh ketiga Kenanga - C
pengasuh keempat La Cottage- D
pengasuh kelima Kekwa - E 

nk di jadikan cerita, pengasuh A di sahkan hamil anak ke 4 pada awal tahun 2017, 
so die dah cakap siap2 dekat saya yang die akan jage Iman sampai hujung bukan 5 sahaja, 
sebab die takut tak larat nanti. 

Tapi ada sekali Bulan Feb (Iman 5bulan) (1-28.2.17)
jadi nya kisah A ini anak2 die terkena chickenpox dan kudis buta, 
die mintak carik orang jaga sebulan sebab takut berjangkit dekat Iman
tula terjadi nya pengasuh B

So, berbalik pada cerita tadi. 
masuh bulan 5 saya dah stating mencari pengasuh lain untuk Iman
Mesti semua pelik kenape saya taknak ambik balik yang B tu. 
mesti la saya ada sebab yang kuatkan, takkan sesuka hati nak tolak rezeki orangkan
tapi sebabnya pertama sekali saya tak suka suami B tu merokok dalam rumah, 
walaupon tu rumah sendiri, 
saya yang dewasa ni pon batuk tak baik2 dalam sebulan tu, huhu
tapi B ada jaga tiga orang lagi yang lain semua kecik2, 
sekurang2nya kesian la dekat budak2 tu, 
ada yang semput lagi kan
lepas tu, cerewet yang amat, 
suka memandai2, 
sesuka hati letak ubat apa yang die rasa oky dekat Iman, 
Iman ini dah la kulit sensetif, habis merah2 pipi dia
ubat yang doktor bagi dekat Iman di tak guna tapi guna ubat sendiri
pastu suka memburuk2 kan orang lain untuk die dapat perhatian
lepas tu sibuk2 suruh bagi makan dekat iman, Iman baru 5 bulan tau
suruh beli walker la, cakap Iman ini la itu la,
kita ini orang bekerja, nak kene cari masa nak buat or carik barang tau, 
tak boleh main order2 macam order dekat kedai mamak tu,  
melebihi mummydaddy Iman sendiri, 
Lebih nasi dari kuah la orang cakap,
dah la rumah die jauh dan tingkat tinggi, 
serik rasa nak hantar walaupon sebulan jer
huhuhu

kemudian dari ramai2 pengasuh yang dicari
terjumpa la satu C ini sebab die cakap ada pengalaman jaga ramai budak
umur 35
ada belajar taska dekat rumah
cakap die boleh handle budak2 ini sume
cakap bagus semua orang nak hantar dekat die sebab die bagus
duk rumah groundfloor
macam2 la die kata bagus2
sekali saya tegok rumah die, 
ya allah tuhan ja tahu
macam tongkang pecah
anak 5 orang
tapi kuatkan semangat sebab da jumpa face to face kan
sebab C kata dia tak selalu cuti
dan boleh masakkan bubur untuk Iman sekai 
dan harga pun murah dari orang lain
kalo balik lambat pon die tak tambah harga 

sekali nak start hantar 1&2.6.17
C cakap die cuti nak balik kampung Kedah pulak
hari pertama da kene hantar dekat D pulak. 
Kena bayar ikut hari
Tanbah la RM50 dua hari, 
lepas tu C jaga seminggu 5-9.6.17
lepas tu ada cuti Nuzul sambung Iman demam panas 2hari
lepas tu Iman terus taknak dekat orang
jaga balik 15,16,19-22.6.2017
hantar nangis, buat apa semua tak boleh nak bergerak sangat
dalam masa yang sama yang C  
boleh mintak duit mengasuh tu awal, hari anak saya sakit tu,
sampai betul hati dia
saya pon redo bagi cakap saya gaji awal saya bagi
kemudian mintak pulak cuti awal nak raya dan pindah rumah lepas lagi semggu jaga
lepastu die cakap balik raya awal raya ke4 dah balik
tapi bila raya ke5 saya mesej saya nak hantar anak die kata sibuk kemas rumahla
baru pindah rumah la, rumah berhabuk la, 
sampai la saya terpaksa dua hari bawak anak ke ofis
di sebabkan raya takdela bos saya marah bawak anak pergi ofis
sebab orang pon tak ramai lagi kerja


lepas tu masuk bulan baru, July
masa seminggu lepas raya, 
masa 3.7. 17 C kata die demam
hari kedua 4.7.17 saya wassap lagi terus tak balas
then saya buntu hantar semula dekat D
kalo di kira C cuma jaga dua minggu tapi dapat full payment dari saya
lagi saya kene tambah extra sebab dua hari hantar dekat D masa awal bulan tu


lepas tu saya terus mintak D jaga anak saya sebulan
mula2 die kata oky sebab die memang nak cari lagi sorang anak ngasuh
tak banyak sangat cakap D ni, tapi ada dua anak sendiri
takde belajar taska rumah
tapi memang tak cari ramai budak di jaga sebab house wife
dua orang ja jaga termasuk Iman
tapi anak die pon kecik lagi
Iman masih lagi tak nak dekat orang & nagis2 bila hantar
pujuk2 bila sampai rumah pengasuh kadang2 setangah jam sebelum pergi kerja
tapi di sebabkan anak kene korban kan masa juga
tapi ada satu hari D ni nampak lain sangat, lepas masuk minggu ke 2
saya takut D tertekat sebab Iman nagis ja time die jaga, 
tapi esok nya die cerita dekat saya
semalam ada jabatan kebajikan masyarakat telefon 
sebab dengar baby nagis sebab ada orang mengadu
habis semua baby die buka baju dan cek
dia takut sangat sebab di ugut jika ada lagi aduan 
D akan diheren ke balai
kemudian die bagi tahu saya yang die taknak lagi jaga Iman
D takut, so D jaga 3-14.7.17 sahaja


kemudian dalam dua tiga hari juga buntu nak cari pengasuh baru
saya pon survey2 lagi pengasuh lain
walau pon C ada wassap saya nak jaga Iman balik
kami suami isteri pakat memang tak mau bagi die jaga lagi
sebab macam tak amanah 
sehari sebelum D kene serang dengan jabatan kebajikan masyarakat
kami serang rumah C sebab nak ambik balik barang susu sabun pamper Iman
sebab semua saya bagi baru pax belum bukak lagi
die cuma cakap takpe la esok C hantar dekat rumah saya
tapi tak bagitau sebab nya taknak bagi barang masa saya datang rumah die
tapi dalam masa yang sama saya nampak
anak die pkai pemper anak saya
dan nampak tinggal dua keping sahaja atas almari
selepas hari tu hari2 die merayu dekat saya nak jaga Iman balik
lepas dua minggu die mendiamkan diri
setiap hari setiap masa wassap saya merayu

tapi saya pun tak berani, 
takut die buat anaya dekat anak saya
sesuka hati ambik barang anak saya untuk di pakai sendiri
memang tak amanah la, 
sampi sekarang dah sebulan masih tak memulangkan barang2 nya


dan akhir nya saya dapat seorang pengasuh E
setengah mencari bertungkus lumus
dapat E ni harap berpanjangan
die dah berkahwin, tapi tiada anak
ada belajar taska di rumah
tapi tak ambik terlalu ramai budak
Iman pon semangkin oky
dah boleh sesuaikan diri
setelah semggu duduk sana
dah tak nagis da bila hantar
berat pon makin bertambah
nampak lebih gembira
dah masuk dua minggu duduk pengasuh rumah E


Ya Allah moga permudahkan la pengasus E ni jaga Iman sampai ke besar
Moga tidak tukar pengasuh lagi
kesian la saikologi anak saya
dalam 2 bulan 3 orang pengasuh bertukar2
harap Muhammad Khairul Iman Tabah dan membesar dengan baik
dan sentiasa dalam lindungan Allah
Amin
mummy selalu doakan Iman Selamat dan sihat semasa ketiadaan mummy di sisi
huhuhuhu




Coretan 28.07.2017 (Iman 10bulan 10hari)
Love From mummydaddy





Selasa, 9 Mei 2017

Majlis Aqiqah dan Kesyukuran

Majlis Aqiqah Muhammad Khairul Iman 
 & Kesyukuran Rumah Baru Beli
1.4.2017
dua ekor kambing biri-biri menjadi korban
import dari Ijok,Kuala Selangor
Alhamdullah semuanya dah selesai

Deko untuk majlis DIY
kanopi sewa NC Catering, katering dan kambing order dengan kawan husband
Photograph Zunurain89 short and burn














Majlis selesai 
walaupon ramai tak datang sebab hujan terlalu lebat
dan mood anak bujang pun da berapa bagus
nak demam dan tumbuh gigi



Moga terus jadi buah hati mummy daddy oky
semoga membesar sihat dan cergas
Love you son with all our heart 


my baby boy 6 months old

selepas 100 hari my baby deliver
rasa terlalu cepat masa berlalu..
sekarang sudah masuk 6 bulan umur nya
da boleh makan
mummy selalu fikir nak bagi iman makan apa
dari 5 bulan dah nak start bagi makan

rasa excited sangat nak bagi Iman makan
Iman pon macam tak sabar-sabar nak makan
start dengan bagi puri buah-buahan
excited betol die makan
rasa macam tak cukup2..
seronok..
hehehe

tapi bagi nestum beras+susu Iman tak berapa suka
try campur puri buah dengan nestom beras
laju die makan
memang suka buah macam mummy die
hehehe

pasni berebut buah la dengan mummy
abes la..hihihi






sekarang pun da duduk walker ni..
laju jer macam dapat kaki..
abis pusing 1 rumah..
bukak pintu luar pun macam nak lari keluar dah
jenuh mak nya nak kejar
hahaha

masuk ja 6bulan (18.03.2017) 
dah boleh nampak gusi timbul nak tumbuh gigi
rasa cepat betol
anak bujang


alahai la anak..
semoga membesar sihat dan cergas...
amin..




Jumaat, 13 Januari 2017

after 100days

setelah habis berpantang 100 hari
orang lain biase pantang 44hari sahaja
tapi aku, takdir aku berbeza
sebabkan aku normal+vakum+czer, terpaksa pantang lagi 100hari
3bulan setengah tau

"apa yang pantang??"
1. daging (sebab luka dalaman lambat baik kalo makan daging dalam 3bulan pertaman) semua jenis daging kecuali ayam
2. telur (ni paling susah, sebab kebanyakan makanan berasaskan telur,pening kalo nak makan tu)
3. ikan bersengat (Keli, baung, etc)
4. seafood (da la seafoodlover,kene pantang lelame,sabo jer la)
5. ais (minuman berais) ini memangmemerlukan keimanan yang tinggi
6. sayuran sejuk (kankung, bayam, etc)
7. buah2 sejuk (tembikai, nenas, etc)
8. satey atau makan yang menggunakan buluh
9. tak boleh makan makanan pedas2 sangat
10. tak boleh lasak2 dan agkat barang berat
11. berpantang dengan suami (tentula) diri sendiri pon macam tak yakin dirikn,bentuk berubah, kulit makin gelap, rasa diri berbau (entahlah, kata orang emosi jer) masa ni la rase sume produk orang cakap nak cantik kan kulit nak beli n makan, 
syukur nampak perubahan, dan rasa lebih yakin dengan diri sendiri
Allhamdullah



tapi lepas 100hari rase macam nak melompat2 gembira sebab kebanyakan makanan dah boleh makan
tapi
selepas 2hari abis pantang
kene sakit teruk pulak
aku rase macam terkejut mungkin, lepas pantang bedal sume
abes kambing pun sedap jer makan
hahaha
jawab la sendiri
sakit kepala, migrin, mutah2, cirit birit, gastrik & tekak bekak tak boleh makan
sekian la..
seminggu la kecundang sakit pulak lepas abis pantang..
baru masa ni la nampak husben betol2 leh jage baby..
aku memang tak larat betol..
sayang husben saya,hihihi


dan lepas 100hari ni la baru rase trauma bersalin tu da tak kuat sangat
mungkin la sebab tu la dulu orang tua2 cakap suh pantang 100hari kan
nak jaga emosi perempuan ni, 
orang lain tak tahu apa yang kita lalui, hanya kita ja yang tahu
so, jangan ambik mudah, dan sesuka hati samakan kita dengan orang lain
kalo rasa tak mampu, da emosi belum kuat
berpantang la selagi boleh..
ia memang bagus untuk kesihatan wanita,..
suami jangan ambik mudah emosi isteri yek, 
awak gak nak hidup till jannah katanya..


so, sape yang bakal lahirkan cahaya mata..
berpantang la betol2..
dan orang sekeling, kalo boleh jangan membanding2 kan dengan oranglain berpantang sebelum ni
kene jage emosi orang berpantang ni, 
boleh meroyan tau macam ni sebab emosi dieorang cepat terganggu
beri la sokongan penuh, selalulah berada di samping mereka
selalula bertanya keadaan mereka
insyallah akan cepat baik...






with lot of love for my dear son, 
Muhammad Khairul Iman bin Muhammad Khairul Izewan
mummydaddy love you
be a gud boy, oky..

Jumaat, 18 November 2016

Birth Story My 1st Baby

Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor

PART 1

Setelah dua bulan melahirkan khalifah Allah pertama dalam hidup saya, 
akhirnya saya mempunyai kekuatan menulis
masih bersisa terasa trauma dihati
menulis sambil menangis
hanya tuhan sahaja yang tahun apa yang saya rasa

terkadang saya tidak terluah untuk mendodoi anak sendiri
tapi setelah menjadi ibu, dalam hati selalu mengucap lailahaillah 
untuk memberi kekuatan untuk membesarkan anak sendiri
supaya tidak banyak menyusahkan orang lain
terkadang walaupon saya terasa tidak bersedia
tapi depan orang saya perlu menunjukkan kekuatan yang bersisa

walaupon saya sekarang bekerja dalam bidang engineering, 
 bukan dalam bidang medical
tapi dulu cita-cita saya adalah menjadi doktor
so, serba sedikit masih bersisa minat dalam bidang ini
dan mengambil tahu dalam bidang ini

saya ingin  menceritakan pengalaman saya melahirkan 
anak pertama saya di hospital ini
terdapat sisi kebaikan dan keburukannya
saya berharap memberi inpirasi pada bakal ibu dan bapa
dan penambahbaik dari segi kekurangan yang saya akan ceritakan 

due sepatutnya saya melahirkan anak 9hb September 2016
pada minggu ke 34 Klinik Kesihatan sahkan saya mengidapi diabetis tahap permulaan 
dengan bacaan sebelum minum air gula 5.1 dan selepas minum air gula 7.1
tetapi bacaan KK Puchong adalah sebelum 5.0 dan selepas 7.0
daripada bacaan sepatutnya
 sebelum 5.6 dan selepas 7.8 (baru pengidap diabetis)
paras bacaan diabetis di rendahkan sesuka hati 
tanpa memberitahu kepada ibu mengadung
perkaraan ini pun sudah membuatkan saya terkejut
dan banyak menyusahkan saya 
terpaksa mengabil banyak cuti dan terpaksa cuti awal
saya rasa ini kesilapan pengurusan KK Puchong atau semua KK di Selangor

saya memaksa diri admit Hospital ini pada hari due saya (9.9.16)
balik ke johor awal, banyak merugikan masa matenity leave saya
setelah sehari admit saya di benarkan keluar
"sepatutnya awak tak payah masuk hospital, saya rasa KK awak tak sama bacaan dengan sini,saya mintak maaflah,awak boleh kluar esok sebab sekarang dah malam saya tak boleh benarkan awak keluar sekarang. saya bagi 6hari untuk over due dan sekarang saya tolong bukakan jalan"
kerana tahap bacaan hospital untuk diabetis adalah 
bacaan normal sebelum 5.6 dan selepas 7.8 (baru pengidap diabetis)

setelah keluar dari hospital,
mereka memanjang kan tempoh masa 
untuk ibu mengadung over due yang tiada tanda-tanda bersalin
15hb september 2016 tarikh untuk saya admit semula
dan 14hb september 2016 mereka suruh pergi check-up KK Yong Peng
tidakkah tuan puan rasa tarikh rapat seperti ini
banyak merugikan saya
ibu mengadung lagi sarat, terpaksa ke sana sini 
membasirkan cuti lebih seminggu untuk perkara yang tidak sepatutnya


Part 2

pada 15hb September 2016 jam 10am
saya menyerahkan diri
bayangkan dari 9hb September 2016 hari-hari saya berdoa dan berharap baby 
akan keluar, dan saya boleh rasa bersalin dengan rasa normal macam orang lain
tapi Allah menetapkan jalan saya tidak sama dengan orang lain
saya redo menyerahkan diri, dengan semangat yang semakin luntur
setiap hari semua ahli keluarga bertanya
sama seperti sebelum saya ditakdirkan dapat mengandung
menunggu hampir setahun

setelah admit, 
doktor menetapkan 16hb september 2016 7am
dipaksa bersiap seawal 5am, mandi dengan air sejuk
akan memberikan ubat induce(paksa bersalin)
saya di beritahu Induce kesakitan mungkin lebih sakit dari 
orang normal yang ingin bersalin
tapi pada hari tersebut, dua yang saya rasa
kesakitan pemeriksaan jalan dan ubat yang di masukkan 
memang menyakitkan, seperti di rodok2 dengan kayu
dan perut saya mula sakit mengeras yang teramat
tapi bukaan masih 1cm 
ahli keluarga semua bertanya
dan saya hanya mampu menagis dalam tandas ketika itu
dan ketika ini tangan saya mengigil-gigil menaip dan air mata terus mencurah ke bumi
kerana teringat setiap saat ketika itu menahan sakit seorang diri
hari pertama induce ni hari jumaat, 
suami saya terpaksa tak pergi sembayang jumaat sebab
tahu saya sudah mula sakit, 
dia takut tidak dapat temankan saya salam labour room nanti
tapi pemeriksaan kedua selepas sembahyang jumaat
lagi di tambah ada seorang nurse dengan rasa tidak bersalah
"husban awak tak pergi sembahyang jumaat ke?"
"dia tunggu saya sebab da sakit"
"doktor periksa lepas sembahyang jumaat"
"nape tak sebahyang dulu"
dengan angkuhnya berkata-kata dengan ingat orang tak tau hukum agama
tapi kami tidak punya pengalaman, maka tidak tahu apa bakal akan terjadi
tempat ini pula baru bagi suami saya
dia bukan orang negeri ini
tapi sekurang2nya suami saya sembahyang zuhur
tapi bukaan baru 2cm
kesakitan seperti dirodok2 dengan kayu ditambah pula
malu kerana pemeriksaan kali ini di lakukan oleh Dr. lelaki pula
saya rasa sangat sedih dan kecewa 
dan semangat yang semakin hari semakin berkurangan
  
disebab masih belum ada tanda baby akan keluar
hari kedua induce kali kedua 17hb September 2016 6am
cara paksaan untuk bersalin kali ini berlainan
bukan lagi paksaan ubat kedalam cervix saya
tapi salur seperti belon di masukkan ke dalam cervix
dirodok2 lebih dasyat dari hari pertama
untuk paksaan bukaan
tiup belon ini di masukkan bagi membuatkan bukaan natural lebih cepat, 
bila belon ini jatuh, maknanya bukaan semakin besar
tapi kesakitannya masih sama
setelah tiup belon selesai di masukkan
menagis la sekali lagi di toilet seorang diri
terasa diri ini looser
membuat semua orang tertunggu-tunggu
dan merasakan kesakitan berhari2
terasa ujian Allah semakin berat untuk di tanggung
suami saya semakin berharap apabila sakit saya makin kerap
tapi saya berasa sedih seperti mengecewakannya
seperti menunggu buah tak gugur
tekanan menggunung
makan,baring dan tidolah saya sambil menagis

pada 18hb September 2016 4am
tidak seperti hari sebelumnya
check-up bacaan jantung baby biasanya dilakukan pada pukul 1am
tetapi hari ni jam 4am
saya di kejutkan, di arahkan kencing dan check-up jantung baby
then, saya pergi kencing, besama-sama itu belon untuk saya induce jatuh
tapi saya tidak berasa sakit contraction langsung
then, semasa check-up jantung baby, saya memberitahu nurse
selepas ambik bacaan jantung,
check jalan laluan di buat lagi, dan di beritahu jalan dah bukak 3-4cm
saya gembira sekejap
kemudian, nurse memasukkan ubat untuk mengeluarkan najis
dan saya memang seorang yang tidak tahan bila perut memulas,
rasa nak menjerit-jerit bila ubat tu buatkan perut memulas


Part 3

bermula la episod kemuncak
jam 5am saya mula menggigil, dan mengerang kesakitan bila perut saya memulas
saya hanya mampu menjerit dalam toilet sambil menggigil
kemudia 4orang nurse datang dalam toilet memanggil-manggil
menyuruh saya keluar, sebab meraka kata saya da boleh die bawa ke labour room
sebab sakit memulas adalah sakit constraction
mereka datang dengan wheelchair mengabil saya dalam toilet
saya die tolak dengan wheelchair ke katil saya
dan di suruh makan dan inform husben sebelum ke labour room
saya hanya sempat makan separuh roti gardina jagung
kemudian terus di die tolak ke labour room
sampai ke labor room jam 6.30am
kemudian mereka menyuruh baring,
jam 7am doctor check jalan untuk kali ke dua
tetapi mengecewakan, jalan hanya 3cm
sakit yang teruk mula di rasai
tangan dan perut saya mula berselirat dengan tiub
di masukkan ubat
sakit sangat kerab sampai rasa tidak terdaya hendak mengira contarction selang berapa minit
 saya tanya nurse pelatih, husban saya tidak boleh masuk ke
dia beritahu, husban akan die panggil masuk setelah bukaan 10cm
sedih tidak terhingga, tidak ada air mata lagi untuk berkata-kata
bayangkan 3cm nak samapaikan 10cm
nurse beritahu biasa nya sakit contraction ambik masa sampai 12jam
sudah tiada orang bagi semangat, husban tidak boleh masuk
tiada kata-kata nak tunngu 12jam, rasa tiada daya

setelah bergelut dengan constraction seorang diri
jam 10am doktor check jalan kali ketiga
jalan masih 3-4cm
sungguh mengecewakan, kemudian di biar bergelut lagi seorang diri
di beri ubat itu dan ini
jam 1pm doktor check jalan kali keempat,
jalan buka 4-5cm
sekali lagi mengecewakan
tetapi masa ini sakit contraction mengatasi sakit check laluan
saya bagitahu nurse supaya
"bole update info pada husban saya tak"
"puan, ada bulitin board kat luar untuk bagitau update pada husban puan"
tapi mengecewakan
mak dan husban saya menunggu tanpa mngetahui apa-apa perkembangan
saya berasa sangat sedih bila tanya semula pada mereka esok hari
sebab saya rasa, hospital ini tidak seramai hospital di tempat lain
tapi banyak benda yang diberikan seperti hospital yang ramai orang
sebelum saya memilih hospital ini, saya berharap hospital ini lebih baik dari tempat lain
hospital baru, fasiliti baru, doktor bagus
tetapi hanya mengecewakan
semuanya tak boleh itu dan ini,huhuhu

kemudian jam 4pm
sekali lagi doktor datang check jalan
jalan bukaan baru 5-6cm
bukan sekali dan seorang sahaja doktor jalan check
tapi berkali-kali kali ini
masih lagi husban tidak di benarkan masuk
sakit hanya tuhan sahaja yang tahu
sambil nurse setiap kali masuk cuma boleh cakap
"baca selawat puan,jangan tahan-tahan,tarik nafas banyak jangan ikut sangat sakitnya"
dengan sinis nya

dan kemuncak jam 7pm
doktor sekali lagi datang beramai-ramai
bukaan jalan di check dan jalan baru buka 7cm
kemudian doktor membuat paksaan jalan ke 9cm
dan doktor mula-mula menyuruh saya cuba meneran
cuba sahaja, tapi sakit meneran belum kuat lagi
tidak sempat apa-apa doktor dan nurse sume serbu
memaksa saya meneran untuk bersalin
"teran puan jangan kuarkan suara, kepala da nampak ni,kuat lagi puan"
bayangkan lah 9cm, husban masih tidak di panggil masuk
paksaan bersalin telah dilakukan
patutkah itu???saya sampai sekarang masih fikir,
patutkah itu yang dilakukan dan berlaku??

semasa saya meneran,
cuba sedaya upaya, hanya memandang ke pintu mengharap melihat kelibat husban saya
terdengar nurse pelatih "doktor da boleh paggil husbannya ke?"
tapi tak di layan sesiapa
dua tiga kali meneran, seorang staf nurse mula mehenyak-henyak perut saya
sambil nurse tersebut berkata
"teran lagi puan,teran lagi boleh,kuat lagi puan"
saya da abes daya, dan berharap husben saya akan datang pada masa tu
untuk memaksa baby keluar
pada pandangan anda, patutkan itu berlaku
perut saya seperti di tumbuk-tumbuk
nafas yang panjang tinggal separuh setiap kali nurse tersebut bila dia menumbuk2 perut saya
 dimanakan saya mahu ambik kekuatan dan nafas jika ditumbuk-tumbuk seperti itu
pada pandangan saya, dan semua orang yang berpengalaman bersalin memberitahu saya
nurse hanya boleh mengurut perut untuk membantu baby keluar
tetapi ini la hakikat yang berlaku
patutkah ini berlaku??
ya, yang boleh di katakan, bukan rezeki saya menerima nasib sebegitu..huhu


oleh kerana baby tidak keluar,
doktor mula kan procedure vacumm pula
tetapi vacumm memerlukan cervik di gunting dan meneran
tetapi perkara sama berlaku
3x vacum di jalankan
perut saya di henyak-henyak sekali lagi
baby yang sepatut nya boleh keluar
tidak dapat keluar dengan normal

"puan kita akan vacum puan sain ini, kita akan gunting bawah ni.tapi tak boleh banyak kali vacuum sebab takut effect pada kepala baby"

jam 8am saya terus ditolak ke operation room
untuk emergency czer
hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan saya
ada nurse yang berkata "nasib ko la dik, sakit atas bawah, nasib ko la dik potong atas bawah"
patutkan?, bukakah lebih baik, bagi kata-kata semangat
cepat la ini berlalu, biarlah czer dari perut saya di henyak-henyak sebegitu rupa
walaupon hanya berharap bersalin normal sepanjang bersusah payah
berhari-hari di hospital
tetapi tiada apa lebih baik dari aturan ALLAH
bukan rezeki saya
Allahhuakbar


akhirnya keluar lah Putra kami jam 8.18pm, 3.57kg, 18.09.2016
Muhammad Khairul Iman B. Muhammad Khairul Izewan



setelah bergelut dari 16-18hb September 2016
dari jam 5am hingga 8pm (15jam)
dan tidak dapat makan dari 18.09.16 (5am) hingga 19.09.16 (7am)



kronologi
1. membuat bukaan secara paksaan laluan
2. medical induced
3. belon induced
4. normal procedure
5. vacuum procedure
6. akhirnya czer procedure



hanya Allah sahaja yang tahu
betapa trauma nya mental dan fizikal saya


keluar operation room jam 12am
akhirnya dapat melihat wajah husban dan bonda saya
air mata sahaja mampu menjadi kata-kata
usap muka dan cium tangan mereka penganti kata-kata
bonda "nape tak boleh normal" (menangis)
husban "mungkin bukan rezeki dia"
Allahhuakhbar
Subahannallah


Part 4

Jam 7am 19.09.2016
baru saya dapat bagun dan makan
jam 10am doktor pakar datang
dengan ramai doktor pelatih
mengeluarkan kain dari cervik saya
luka lebih dalam dari meraka yang bersalin normal
kemudian di jolok pula dubur untuk memeriksa sisa kain 
peritnya subahanallah 
Jam 12pm saya sudah di paksa bagun dari katil untuk menguruskan diri sendiri
mengangkat dan menyusukan baby saya
subahanallah hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya dan nyilunya
tetapi saya gagahkan juga
cekalkan hati

kemudian beseorang lagi satu malam
untuk memantau keadaan saya
kemudian 20.09.2016 jam 2.30pm
baru saya dapat check out
tetapi baby terpaksa di tinnga pula di NICU satu hari
sebab jaudis
cekal lah wahai hati


Part 5

masa berpantang
ambil masa lebih 3minggu untuk jalan normal
lebih 4 minggu masih tidak boleh duduk di tempat yang keras
tidak boleh duduk di lantai
hampir setiap hari menangis trauma lebih dari 3 minggu
tidak boleh pantang secara normal
rasa masih sakit tulang punggung macam orang mengadung@orang bersalin normal
memang tidak setanding kata-kata apa yang di lalui




Semoga Allah cekal hatiku, 
membesarkan khalifah mu ini
Amin



New home
new family member
so, like mummy or daddy?


18.11.2016
happy 2 months Iman
be a good boy and soleh
now 5kg
amin



before deliver 69.7kg


after 57.6kg


Selasa, 6 September 2016

menghitung hari

minggu-minggu terakhir sebelum due
bila memikir kan nya memang takut
tapi masih boleh buat relex
hahaha

banyak bende kene settle sebelum deliver
so la rasa macam tak cukup masa pulak
hahaha

kerja jangan cakap la
dah la takde assitant
bos bos buat keras taknak hire assistant
begang jugak rase nya
tapi takpe la
pengganti sementara banyak tahu dekat site
so boleh la jugak
tapi dalam masa tak sampai sebulan nak bagi sume
mau tepu budak tu
kesian jugak menengok nya
sabor jer la

dekat rumah jangan cakap la
packing barang baby la
pastu paking barang yang mane kurang guna
sebab soon nak pindah rumah
sebab expected balik lepas pantang nak duk rumah baru
berangan kuat
insyallah rezeki anak kan
kita mana tau
amin

yang paling tak best bila hujung-hujung ni
rase diri ni mendekati mati
takut dan semua rasa ada
sangat la sensetif
rasa serba tak kene
huhuhu

jalan jangan cakap la
memang da tak larat
nak diri lama pon tak larat
bahagian bawah memang sakit
salah duduk pon boleh meraung

Semoga ada hayat lagi untuk melihat
anak sendiri
membesar di depan mata
sihat dan berjaya
amin





doakan kami semoga selamat
sihat dan gembira

see you soon 
kalo ada hayat ini lagi..





Isnin, 15 Ogos 2016

Raya 2016

Raya Pertama di KL
Rase sedih mula2 raya di KL
sebab selame ni dari bujang samai kawen tahun lepas raya di Johor
tahun ni raya die KL dulu..
macam nak meraung jugak la mula-mula
tapi tahan diri
huhuhu

tapi taklah havoc sangat sebab malam raya pertama dah sampai Johor
hihihi
sebab dekat KL dah takde orang dah..
hahaha

tahun ni jer beraya berdua
tahun depan da bertiga
insyallah amin

tahun ni raye mak buyong la..
perut da makin membeso
dah 8bulan kan..
takkan tak nampak lagi
kalo tak nampak lagi tak tau la nak kata ape
rabun kuat ler tu,hehehe

konon2 tahun ni taknak la beli baju banyak2
nak saving for baby
tapi kalo da start beli sikit2 dari sebelum raye
lame2 pon banyak jadi nyer,
perempuan la katakan
husben pon redo jer,paham sangat da katanya
kahkah

6.7.2016
Day 1 Raya rumah mertua
(tema purple)
(Pagi vs petang raya)




1st day lagi system down dah
maklum la perut memang kalah dengan banyak makanan
jamban la jadi peneman setia sampai 4x
nagis la dalam jamban, hahaha


7.7.2016
Day 2 Raya
Johor here we come
(Yong Peng-Segamat-Muar)




Patin Pais Open house yearly


8.7.2016
Day 3 Raya
(Merlimau-Simpang Renggam)
Geng Poli Merlimau than balik kg. Nek belah mak





9.7.2016
Day 4 Raya
(Duk rumah tunggu sedara datang beraya)
hehehe

10.7.2016
Day 5 Raya 
balik semula rumah sendiri la
nangis la raya da abes
hihihi

18.7.2016
Raya ke 13
keluarga menyambut seorang lagi ahli baru
baby gugurl
Nurul Aqilah adih pada Mohd Khaliq Aqil
tapi tak sempat bergambo dengan budak kecik tu
ambik gambo dengan abg nye jer la,hehe



than dalam bulan raya ni jugak
 ada member dengan sedara sebelah husben kahwin
So, masuk la juga cerita raya ni
hehehe


22.7.2016
Raya ke 17
Geng poli merlimau 
geng merempit poli
kawan kelas sebelah meja
geng buat final project
sume la,hehehe
Selamat pengatin Baru yunkkk kecik
tak dapat nak pergi majlis resepsi
so kami pergi la majlis nikah dan outdoor nyer
(Tema Pink & Baby blue)





23.7.2016
Raya ke 18
Makcik Husban kahwin pulak
tema Grey
 
tutu dress vs samping orang kaya wak doyok,
baru ler nampak macam mak buyong
hahaha

menantu vs mertua
hehehe 


Gambo sendri jek ada, sorry gambo pengantin tak ambik
hahaha



Now abes sudah cerita raya
dah abes raya baru nak cerita pasal raya
hahahaha


biase la
bzy nak pergi kelinik lagi
masak kek la
ke sane sini
handover keje dekat office
so ni jer la masa yang ada
enjoin reading guys..
=)