Sabtu, 1 Oktober 2011

wAnitA idAman...

Wanita yang aku sayangi 
Adalah pencinta tuhannya Yang mengalir cinta, takut dan harap 
Yang menguasai perjalanan penghidupannya Dari waktu ke waktu 
Dari hari ke hari Sehingga perjanjian Di antara jasad dan nyawanya 
Berakhir.... 

Wanita yang aku rindui 
Adalah wanita yang dimata dan wajahnya Terpancar sinar Nur Illahi 
Lidahnya basah dengan zikrullah 
Di sudut hati kecilnya 
Sentiasa membesarkan Allah 

Wanita yang aku cintai 
Yang menutup auratnya 
Dari pandangan lelaki ajnabi 
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya Disanjung tinggi 
Penduduk langit dan bumi 

Wanita yang aku impikan 
Adalah yang mendekatkan 
Hatiku yang telah jauh 
Kepada Ar Rahman dan Ar Rahim 
Namun aku tidak ada di sana 
Kerana aku dilamar kebendaan dunia 

Wanita yang aku kasihi 
Yang bersyukur pada apa yang ada 
Yang bersabar pada apa yang tiada 
Cinta pada hidup yang sederhana 
Yang tidak bermatakan benda 

Wanita yang aku sukai 
Menjadi dian pada dirinya sendiri 
Menjadi pelita untuk putera-puteriku 
Yang bakal dilahirkan 
Untuk menyambung 
Perjuanganku di belakang hari 

Sesungguhnya Wanita yang selalu 
Berada di dalam doaku 
Adalah dirimu.......Mujahadah Sejati 



sm0ga kdamaiAn sEntiAse di hAti....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan