Rabu, 6 Januari 2016

Honeymoon ke-3

Dalam Usia Perkahwinan hampir setahun (10 bulan)
ada rezeki masing-masing dah dapat anak la
ada dah dapat rumah lah
rezeki kita?
kita yang tentukan
Isyallah, Allah mudahkan jalan.,
Amin


19-22hb December 2015
Alhamdullah
tercapai jugak hasrat kami pusing-pusing Semenanjung Malaysia
bahagian utara
di sebabkan dulu en.suami dulu belajar perlis
die saje jalan nak tunjuk tempat die study la konon-konon..
sekali jalan member kahwin dekat Kedah


Tapi dapat la jugak kami pusing tiga(3) negeri
dengan budget yang Minimum
mengumpul oky dua bulan
"kalo ikat perut pun siapa tahukan", hehe
janji dapat berjalan...
- biar susah dulu asal hidup jangan penuh hutang -



18.12.2015 (Jumaat)
8.00pm mula perjalan dari rumah ke Kedah


19.12.2015 (Sabtu)
2.00am Sampai Angerik Homestay Sg. Petani
(Budget RM60.00) pay RM50.00
10.00am sarapan pagi
11.00am sambung perjalan ke Felda Lubuk Merbau, Pedang
Penganti Baru Pada Abg Udang (Hanis Azimi)
12.30pm sampai Rumah Bertandang Pengantin
2.00pm Pengantin Berarak
5.00pm follow pengantin outdoor
(ikut hati ikut pengatin outdoor sebab nak pergi ladang anggur Sik,
tapi pengantin tak masuk situ pulak)


7.00pm go to Alor Setar
8.30pm Check in Hotel Barat Inn
(budget RM60 pay RM50.00)
10.00pm Dinner Rumah Kawan Husban dekat Jeti Kedah



20.12.2015 (Ahad)
2.30am kene ketok dengan Jais Alor setar
pengalaman yang tak dapat di lupakan,
tapi kami pergi bercuti memang sudah bersiap sedia dengan slip nikah
cuma mereka macam susah nak percaya sebab sijil dan kad kawin belum dapat lagi
kesian kami,hahaha
nak macam mana budget kecik dan hotel ini sahaja yang kosong
kami tak kesah sangat janji ada tempat nak tido
- biar la orang cakap kami sengkek, tapi taknak la sampai melarat diri nak duk hotel mahalkan-
bukan tak mampu tapi travel for fun
10.00am sarapan di Bangunan Ukir dan shopping Pekasam di Pekan rabu
sangat la suggest Bahulu di sini, sebab sangat la sedap dan murah
peniaga pon tak kedekut
tapi kalau pergi hari minggu tunggu que berejam la, ambik no giliran oky..
hihi

1.00pm Bergerak ke perlis pulak lalu jalan kampung
sebabkan saya sibuk sangat nak tengok pemandangan padi
cik husben pon bawak jer,
seronok, sepanjang jalan padi dan bukit bukau,
macam dalam cerita CUN tu
cantik sangat..

2.00pm dah sampai Kangar
Pusing sana sini
3.00pm dah sampai Padang Besar
konon-konon nak tengok2 sahaja
sekali bila da tengok barang2 jesi dan baju tie&dye..
mane mau nya tak beli
cik husben cakap ' dah tak boleh percaya cakap nak tengok2 nya tu' hahaha
ha sape yang kene tangkap kuat shopping ni..hahaha
lagi beli ikan masin ni, RM10.00 seekor,
macam berbaloi, beli..hihi

4.30pm bergerak ke Gua Kelam
dekat je dengan Padang Besar tu
tempat best, masuk RM1.00
ada tempat bileh junggel traking,
sape yang larat ada laluan tangga sikit
kami tak larat dah, penat shopping tadi..haha

6.00pm pergi Kuala Perlis pulak
konon2 nak pergi carik laksa yang sedap dan hotel
dan makan malam seafood
6.30pm jumpa kedai Laksa Mak Su
tak suggest la, mee laska sahaja yang die buat sendiri
tapi kuah nya cair sangat dah takda rasa
balik makan mak mertua masak laksa lagi sedap
hahaha
7.00pm pusing2 carik hotel semua penuh
sebab dekat dengan jeti orang nak pergi langkawi kan
so kami deside terus makan seafood kat sane dulu
baru carik hotel dekat Kangar
oky la, nama kedai tak ingat da..
sume seafood, xde ikan..
nasi 1 jer..jumlah RM74.00
boleh la nak makan sekali2

sampai 10.00pm pusing2 carik hotel semua penuh
hari ahad tapi penuh
than carik dalam google maps ad 1 Federal Hotel
tanya2 harga RM90.00
11.00pm terus ja check in
penat da tak larat nak carik lagi
hahahaha
hatel tingkat 4, blik besar da selesa,
ada tingkap luas lagi tau, hair dryer pn ada tau, syok sangat,
tak menyesal bayar mahal sikit



21.12.2015 (Isnin)
9.30am awal lagi kami dah siap check out
10.00am pergi sarapan
tapi kampung kan
pukul 10am makanan dah abes
sedih
11.00am kami terus jalan ke Alor Setar semula
ke Pasar Rabu sebab nak beli bahulu
sebab hari sebelum nya tak sanggup nak tunggu lama
akak kedai pon cam muka kitorang, dapat la baulu free lagi,
hahaha
12.00pm Pasar Rabu, bila dapat bahulu borong dua box & 1 plastik
banyak dapat, siap tapau untuk makan dalam kete
sedap lembut didalam crunch di luar, haha
2.00pm kami sampai di Geowtown Pulau Pinang


terus pusing2 carik hotel yang mampu milik
tapi dekat Penang memang takde harapan nak dapat hotel bawah RM100.00
selepah pusing2 menempuh jem
kami pilih satu hotel ni bagi promotion dekat kami
6.00pm check in The Garden Hotel
sangat sunggest, Hotel ada paking sendiri, layanan bagus
promotion RM118.00 (harga asal RM198.00)
cume tak dapat bilik tinggi so bukak tingkap nampak bungunan sebelah
tak macam dekat perlis
kalo nak cuba, tempah la tingkat tinggi2, syok cikit..hahaha

8.30pm dah rehat2 mandi sembahyang
pergilah bawak member honeymoon makan dekat Padang Kota Lama
pada saya, saya tak berapa sunggest la
makanan pon tak banyak pilihan, tak berapa sedap,
mahal tercekek..hahaha




11.00pm pergi makan tempat lain, sebab husben cakap tak kenyang
makan abes RM32.00 pon tak kenyang, so bayangkan la sendiri
pergi makan kedai melayu biase, makan RM7.00 dapat nasi goreng segunung
baru la kenyang..
hahaha



22.12.2015 (Selasa)
9.00am Bukit Bendera
konon 6.00am nak terpacak kat sini
tapi masing2 sayang tido
lagi2 pengatin baru tu, hahaha
10.00am dapat naik dan makan dekat Bukit Bendera
makan boleh lah kat sini, tapi tak teruk sangat, paling special
aiscream campur2 buah dia, RM10.00
tapi banyak, okay la
pusing2 ambik gambar









1.30pm turun dari Bukit Bendera
pengantin baru pon hantar kami ke hotel semula,
penat katenya nak tido, tadi pagi bangun awal (double meaning)..haha
2.30pm pergi ke Musium P.Ramlee
teringin sangat nak pergi sini cik husben ni
walaupon ngantok sangat, layankan jer cik husben kita ni,hahaha



4.00pm pergi ke Persiaran Gurney Makan
dekat sini lagi banyak pilihan
dan murah sedikit
makanan pon tak teruk sangat
duk sekejap dekat tepi pantai persiaran gurney makan tutti frutty
all time favorite 

cik husben kate, jauh2 makan tutti frutti, hehehe
 park dekat Plaza Gurney, persiaran gurney than berjalan sikit tepi pantai
sampai jumpe macam foodcood cina dulu, baru jumpe foodcood melayu

5.30pm pergi litte India
konon2 nak carik Streat Art
tapi tak jumpa
jumpa ni dua jer, jadi lah nak lepas gian

than 7.30pm kami terus nak balik KL
otw pergi beli Jeruk Pak Ali
sedap, tak bergas macam beli siam punya..sangat suggest



23.12.2015 (Rabu)
2.00am sampai rumah
tido jap lagi nak pergi kerja
ada meeting,
kalo tidak kami stay lagi di penang hari ni,
tapi di sebabkan da tak tau mana nak pergi lagi
duit budget pon hampir abis,
so masing diside balik la
hahaha


tu jer cerita kami menjelajah 3 negeri
budget RM1,300.00 siap minyak, tol, shopping dan makan
so far cukup untuk kami
dan kami super seronok
" Misi Berjaya"
harap enjoi baca...



Terima Kasih..
with a lot of LOVE..
mmuahhh



typo abaikan, =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan